Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Penunggang motorsikal tidur nyenyak di tepi jalan sampai mulut ternganga luas

Pernahkah anda berasa mengantuk sekali ketika sedang mengendalikan kenderaan? Pasti ramai pernah mengalaminya. Biasanya kita disarankan untuk berhenti di tempat selamat kemudian tidur sebentar.

Penunggang motorsikal tidur nyenyak di tengah jalan sampai mulut ternganga luas
Video dimuat naik dalam sebuah kumpulan Facebook, penunggang motosikal itu kelihatan tidur dengan amat nyenyak dengan keadaan mulutnya ternganga luas.

Mungkin itu juga yang dilakukan seorang penunggang motosikal ini. Tapi, tidurnya di tengah jalan. Macam mana tu?

Sebuah video tular di media sosial Thailand memaparkan 3 orang lelaki cuba mengejutkan seorang penunggang motosikal yang tidur nyenyak di atas kenderaannya di lorong tepi jalan raya tersebut, lapor portal Thaiger kelmarin.

Berdasarkan video dimuat naik dalam sebuah kumpulan Facebook, penunggang motosikal itu kelihatan tidur dengan amat nyenyak dengan keadaan mulutnya ternganga luas.

“Bangun. Adakah anda sedar anda sedang tidur di tengah jalan? Tolong bangun,” kata kumpulan lelaki berkenaan ketika mengejutkan penunggang tersebut.

Dia kemudian terjaga dari tidur dan kelihatan keliru. Menurut lelaki tersebut, dia tidak berada dalam keadaan mabuk. Mereka menyuruhnya menunjukkan isyarat 2 jari bagi membuktikan dia dalam keadaan sedar dan tidak mabuk. Lelaki itu kemudian mengikut arahan mereka bagi menandakan keadaannya baik.

Dia kemudian meminta tolong salah seorang daripada lelaki yang mengejutkannya itu agar menghantarnya pulang kerana berasa tidak berdaya lagi untuk menunggang motosikal.

Mujur salah seorang daripada kumpulan lelaki berkenaan sanggup menghantarnya pulang ke rumah.

Lokasi kejadian tidak dinyatakan namun, ia tidak kelihatan seperti jalan yang sibuk di kota raya seperti Bangkok.

Meninjau reaksi warganet ramai berasa kelakar dan terhibur selain ada juga yang memuji kebaikan kumpulan lelaki yang membantu mengejutkannya serta menghantarnya pulang.

Kalau penat memandu kereta atau menungang motor, berhentilah dan rehat sebentar hingga segar. Tapi, janganlah pula di tengah-tengah jalan raya. Daripada tidur sebentar, boleh jadi tidur selamanya nanti.

Sumber : TheThaiger/ Kosmo



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan