JOHOR BAHRU, 7 November- Tujuh lelaki termasuk empat penghantar makanan mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Johor Bahru atas tuduhan melakukan khianat dengan merosakkan dan menterbalikkan sebuah kereta, Khamis minggu lalu.
Tujuh lelaki didakwa melakukan khianat dengan merosakkan semua cermin dan pintu kereta milik Tan Jing Hui |
Pengakuan dibuat di hadapan Majistret Hidayatul Syuhada Shamsudin.
Tertuduh, Muhammad Adam Abd Rahim, 18 tahun, Mohamad Hairul Hasraf Seeni Abdul Cader, 22 tahun, Morrisson Malvin Anak Mada, 19 tahun, Shaikh Al Amin Idrus, 21 tahun, Nur Khairul Amal Abdul Harsir, 19 tahun, Daniel Haziq Syikhanna, 21 tahun dan Romie Rahimi, 41 tahun didakwa melakukan khianat dengan merosakkan semua cermin dan pintu kereta milik Tan Jing Hui pada tarikh tersebut.
Perbuatan itu dilakukan dengan cara menumbuk, menendang, menghentak menggunakan topi keledar, membaling batu dan menterbalikkan kereta terbabit secara beramai-ramai sehingga menyebabkan kerugian kira-kira RM15,000.
Tujuh lelaki didakwa khianat rosak, terbalikkan keretahttps://t.co/Y0EdYLybh9#videobernama pic.twitter.com/dzv6VEeEfd
— BERNAMA (@bernamadotcom) November 7, 2022
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di persimpangan stesen minyak Kota Masai 2, Jalan Nenas, Taman Kota Masai, Johor Bahru.
Sekumpulan pemuda menterbalikkan sebuah kereta selepas berang diejek pemandunya. |
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 setiap seorang dengan seorang penjamin selain syarat tidak boleh mengganggu saksi dan mangsa, serta melapor diri di balai polis berhampiran.
Tarikh sebutan semula kes pada 18 Disember depan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aqiilah Ahmad Rofaie.
0 Ulasan