Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

“Insya-Allah, saya akan beri titik noktah kepada permasalahan ini” – Syamsul Yusof

“Insya-Allah, saya akan beri titik noktah kepada semua permasalahan ini,” demikian kata pengarah filem sensasi, Syamsul Yusof yang akhirnya tampil memberi penjelasan berhubung kemelut rumah tangganya yang hangat diperkatakan ketika ini.

“Insya-Allah, saya akan beri titik noktah kepada permasalahan ini” – Syamsul Yusof
Insya-Allah, saya akan beri titik noktah kepada permasalahan ini – Syamsul Yusof

Terbaharu, penjelasan itu dibuat Syamsul, 38, menerusi perkongsian video di Instagram (IG), beberapa jam lalu sebelum lembaran tahun 2023 dibuka sebagai jawapannya pada kemelut rumah tangga yang berlaku disebabkan kehadiran ‘orang ketiga’.

Syamsul berkata, dia bertindak mendiamkan diri selama ini kerana tidak mahu membuka aib berkaitan kehidupan rumah tangganya bersama isteri juga pelakon, Puteri Sarah Liyana, 37.

Syamsul bersama isteri dan anaknya
Syamsul bersama isteri dan anaknya

“Tapi, sudah tiba masanya saya bersuara mengenai perkara ini (kemelut rumah tangga yang hangat diperkatakan). Saya pun dah penat dan saya juga percaya netizen pun letih.

“Cuma bezanya nanti, penjelasan saya itu tidak sama dengan apa yang dilakukan isteri saya, Puteri Sarah. Saya tidak mahu membuka pekung atau aib sesiapa.

“Insya-Allah dalam masa terdekat, saya akan leraikan satu persatu kepada umum supaya semua persoalan ini ternoktah,” katanya mengakui apa yang berlaku sedikit sebanyak mengganggu tidur dan urusan kerjanya.

Syamsul berkata, berikan dia sedikit masa lagi untuk menyelesaikan semua isu yang berlaku itu.

Malah, katanya, sebagai anak dia juga sangat menyayangi dan menghormati kedua ibu bapanya.

Pengarah filem Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan berkata dilahirkan dalam keluarga seni dan bergelar selebriti, dia sedar bahawa dirinya sering menjadi perhatian, termasuk membabitkan kisah peribadi.

“Hal perkahwinan adalah perkara sangat peribadi. Hal dalam kain, tidak manis untuk dikongsi kepada khalayak ramai.

“Namun, selepas setengah tahun hal rumah tangga kami dikongsi Puteri Sarah dalam media sosial, media cetak dan elektronik, jadi saya rasa sudah sampai masa untuk menjelaskan segala-galanya,” katanya.

Difahamkan Syamsul berhadapan kemelut rumah tangga dengan Puteri Sarah atas dakwaan kehadiran ‘orang ketiga’ dikenali Ira Kazar yang dikatakan mengganggu rumah tangga mereka.

Baca juga:
  1. Kecoh pasal Syamsul kahwin senyap-senyap dengan Ira, ini respon Yusof Haslam
  2. Syamsul Yusof dah nikah dengan Ira Kazar? Puteri Sarah kata soroklah selagi boleh

Terdahulu, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3.

Baru-baru ini juga, Syamsul dilaporkan mahu memfailkan saman RM10 juta terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) kerana menyebarkan kenyataan tidak benar dan fitnah terhadap keluarganya bahawa dia sudah berkahwin lagi. HM



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan