Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Letupan lombong arang batu di Turkiye, 28 maut, puluhan lagi terperangkap

ISTANBUL: Sekurang-kurangnya 28 orang maut dan puluhan lagi masih terperangkap di bawah tanah dalam kejadian letupan di lombong arang batu di wilayah Bartin, utara Turkiye.

Letupan lombong arang batu di Turkiye, 28 maut, puluhan kagi terperangkap
Seorang pelombong yang cedera (mungkin maut) dibawa oleh penyelamat selepas letupan di lombong arang batu di Bartin, utara Turki, pada 14 Oktober 2022.

Lapor BBC, ketika kejadian, kira-kira 110 orang sedang bekerja di lombong arang batu, yang mana hampir separuh pekerja berkenaan berada pada kedalaman lebih 300 meter.

Menurut Menteri Kesihatan Turki, Fahrettin Koca, seramai 11 orang berjaya diselamatkan dan sedang menerima rawatan di hospital.

Kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa yang terperangkap diteruskan. Rakaman video menunjukkan pasukan penyelamat membawa keluar pekerja di lombong di Amasra di pantai Laut Hitam.

Letupan lombong arang batu di Turkiye, 28 maut, puluhan kagi terperangkap
Pakar perubatan dan penyelamat membawa mayat mangsa ke ambulans selepas letupan di lombong arang batu, di Amasra di wilayah Bartin utara, Turki 15 Oktober 2022. Foto: REUTERS/Cagla Gurdogan

Dalam pada itu, Menteri Dalam Negeri, Suleyman Soylu berkata, letupan itu dipercayai berlaku pada kedalaman kira-kira 300 meter.

Katanya, kira-kira 49 orang bekerja di zon `berisiko’ antara 300 hingga 350 meter di bawah tanah.

Letupan lombong arang batu di Turkiye, 28 maut, puluhan kagi terperangkap
Anggota pasukan penyelamat berehat di luar lombong arang batu ketika operasi mencari dan menyelamat diteruskan selepas letupan, di Amasra di wilayah Bartin utara, Turki 15 Oktober 2022. Foto: Reuters

“Ada mangsa yang tidak dapat dipindahkan dari kawasan berkenaan,” katanya kepada wartawan di lokasi kejadian.

Punca Kejadian

Punca letupan masih belum diketahui dan pejabat pendakwa raya sudah memulakan siasatan terhadap insiden itu.

Terdahulu, Menteri Tenaga Turki memaklumkan, letupan berkemungkinan berpunca daripada lembapan api, yang merujuk kepada gas mudah terbakar yang terdapat di lombong arang batu itu.

Baca juga: Tragedi tanah runtuh di Kalimantan Barat, 20 pelombong emas dikhuatiri maut tertimbus

Sementara itu, Datuk Bandar Amasra, Recai Cakir berkata, kebanyakan mangsa yang terselamat mengalami kecederaan parah.

Sumber: Utusan Online



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan