JAKARTA: Seramai 20 pelombong emas tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di lombong emas di wilayah Kalimantan Barat, Indonesia, kata ketua operasi menyelamat pada Sabtu (17 Sep).
Kejadian berlaku di kampung Kinande daerah Bengkayang pada Khamis lalu, namun anggota penyelamat hanya dimaklumkan mengenai insiden itu pada Jumaat, kata Encik Eryk Subaryanto.
"Kami menerima maklumat pada Jumaat dan segera menghantar anggota kami ke lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi agensi berita Xinhua.
Beliau berkata operasi menyelamat mengalami kesukaran ekoran hujan lebat sejak beberapa hari lalu selain lokasi lombong yang jauh dan kekurangan kemudahan komunikasi.
Menurut beliau, misi mencari dan menyelamat melibatkan tentera, kakitangan agensi pengurusan bencana dan mitigasi tempatan serta penduduk kampung.
Sumber : Bernama
0 Ulasan