Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

“Mereka lapar perhatian & kemasyhuran - menjerit, mengeji, mengutuk, mengamuk macam orang gila...”

“Mereka hanya lapar perhatian dan berhenti popularkan golongan sebegitu.” Demikian luahan pelakon dan pengacara, Awal Ashaari berhubung isu seorang wanita, Wan Nor Baizura Bharudin atau lebih dikenali sebagai Kak Long 7E yang dijemput menjadi tetamu undangan dalam sebuah program terbitan stesen televisyen TV Alhijrah, baru-baru ini.

“Mereka laparkan perhatian & kemasyhuran.. menjerit, mengeji, mengutuk, mengamuk macam orang gila
“Mereka lapar perhatian & kemasyhuran.. menjerit, mengeji, mengutuk, mengamuk macam orang gila

Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari, 40, menerusi InstaStory melahirkan rasa kecewa kerana berpendapat individu yang hanya terkenal dengan sikap kurang adab dan mengejar populariti, tidak layak muncul dalam mana-mana program televisyen.

“Setiap saat masa siaran yang anda berikan kepada individu sebegini ialah publisiti untuk mereka.

“Mereka laparkan perhatian dan kemasyhuran. Menjerit, mengeji, mengutuk dan mengamuk macam orang gila. Merendah-rendahkan orang lain dalam media sosial, alih-alih dapat jemputan masuk televisyen,” katanya.

Bekas pengacara Melodi itu berharap orang ramai berhenti menjadikan wanita tersebut lebih popular selepas pelbagai isu yang ditimbulkannya sebelum ini.

Ujarnya, dia juga dapat membayangkan individu berkenaan akan muncul dengan lebih banyak video lain sebelum digelar sebagai pempengaruh media sosial kelak.

“Bayangkan video jenis apa yang akan muncul selepas dijemput masuk program televisyen, kemudian menjadi pesohor media sosial.

“Berhenti jadikan mereka orang yang popular. Mereka tidak layak untuk berkongsi kisah hidup dalam siaran televisyen kerana TikTok sahaja tempat mereka,” kongsinya lagi.

Kelmarin, tular dalam media sosial mengenai Kak Long 7E dijemput menjadi tetamu undangan dalam sebuah program Trending TV AlHijrah.

Selepas dikecam hebat, stesen televisyen tersebut mengumumkan mereka menangguh siaran untuk episod tersebut.

Semalam, nama Kak Long 7E tular sekali lagi selepas dia dilabel biadab kerana didakwa meniru aksi Orang Kelainan Upaya (OKU) dalam satu sesi siaran langsung.

Dia bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan sanggup bersumpah atas nama Allah kononnya tidak berniat mengejek golongan OKU.

Sumber: Kosmo Online


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan