Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Rusia mulakan siasatan pertama libatkan 3 individu di bawah undang-undang baharu berita palsu

MOSCOW: Kumpulan penyiasat semalam memulakan siasatan kes jenayah pertama di bawah undang-undang baharu terhadap penyebaran maklumat atau berita palsu mengenai operasi ketenteraan Rusia di Ukraine.

Rusia mulakan siasatan pertama libatkan 3 individu di bawah undang-undang baharu berita palsu
Rusia mulakan siasatan pertama libatkan 3 individu di bawah undang-undang baharu berita palsu

Undang-undang yang ditandatangani oleh Presiden Vladimir Putin pada 4 Mac lalu itu menyaksikan mana-mana pihak yang didapati bersalah kerana menyebarkan berita palsu mengenai tentera negara ini atau berkaitan Rusia boleh dipenjara sehingga 15 tahun.

Undang-undang itu mencetuskan ‘rasa takut’ dalam kalangan parti pembangkang dan organisasi media bebas, termasuk Barat yang menyifatkannya sebagai usaha untuk terus menyekat laporan mengenai operasi ketenteraan Rusia.

Jawatankuasa penyiasatan menerusi laman webnya memaklumkan, siasatan pertama melibatkan tiga individu yang dituduh menyebarkan penipuan di forum dalam talian atau media sosial.

Baca: Rusia gubal undang-undang baharu, sekat akses Facebook, media global, termasuk BBC dan CNN

Jelas jawatankuasa itu, siasatan itu dilakukan berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada perkhidmatan rahsia FSB, selain rumah suspek turut digeledah dan ketiga-tiganya dikenakan sekatan pergerakan.

Seorang daripada suspek dikenal pasti sebagai Veronika Belotserkovskaya yang dituduh berkongsi maklumat palsu di Instagram.

Penyiasat memaklumkan, Belotserkovskaya kini berada di luar negara dan mereka akan mendapatkan waran tangkap antarabangsa untuk menahannya. – AFP



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan