Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

‘Wartawan Cilik‘ rezeki murah, terima hadiah istimewa daripada Menteri Komunikasi & Multimedia

‘Wartawan cilik’, Muhammad Haziq Mohd. Asyraf, 12, berjaya menarik perhatian ramai apabila videonya yang melaporkan penemuan seekor ular sawa di sebuah pasar awam di Bukit Selambau, Sungai Petani baru-baru ini tular di media sosial.

‘Wartawan Cilik‘ rezeki murah, terima hadiah istimewa daripada Menteri Komunikasi & Multimedia
Annuar Musa ketika menyerahkan hadiah sebuah MatePad kepada Muhammad Haziq.

Terbaharu, dia dikatakan telah menerima tawaran berlakon daripada sebuah sanggar produksi yang berpangkalan di ibu negara.

Gelagat dan kepetahan Haziq dalam menyampaikan maklumat membawa tuah kepada dirinya apabila menerima hadiah sebuah MatePad daripada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

Baca: [Video] Bersemangat adik ini buat ‘live’ laporkan penemuan ular sawa tarik perhatian warganet

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh menteri tersebut di laman Facebook miliknya, beliau amat teruja melihat video rakaman wartawan cilik tersebut yang juga mendapat pujian orang ramai.

Baca: Cikgu sekolah bongkar cerita, rupanya wartawan cilik hidap penyakit serius, perlu rawatan berkala

“Saya teruja melihat wartawan cilik Muhammad Haziq melaporkan kemunculan ular sawa di pasar Bukit Selambau.


“Kesunggugan dan kebolehan adik Haziq perlu digalakkan jadi saya menghadiahkan sebuah gajet buat beliau.

Tambah Annuar, dia berharap agar dengan pemberian hadiah tersebut dapat memupuk semangat Haziq untuk terus belajar dengan bersungguh-sungguh. – K! ONLINE


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan