Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Cara mohon bantuan elaun RM1,000 daripada PERKESO, untuk penggangur, graduan, lepasan sekolah

Kerajaan melalui PERKESO ada menyediakan bantuan kewangan yang akan diberikan kepada pekerja yang berdaftar di bawah program SIP Prihatin 2.0.

SIP Prihatin 2.0

Objektif program ini ialah untuk membantu mereka yang telah kehilangan pekerjaan akibat wabak pandemik Covid-19 yang masih belum hilang lagi, program ini telah diperuntukan oleh Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017.

APAKAH ITU SIP PRIHATIN?

SIP (Sistem Insurans Pekerjaan) PRIHATIN memberikan bantuan kewangan kepada pekerja yang berdaftar dengan SIP seperti yang diperuntukkan oleh Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800) dan telah kehilangan pekerjaan akibat wabak Covid-19 yang berterusan.

Ini bertujuan untuk menyokong mereka melalui pencarian pekerjaan baru dengan membantu mereka menampung perbelanjaan asas.


Tempoh aktiviti pencarian pekerjaan adalah selama 3 bulan yang bermula sebaik sahaja permohonan SIP Prihatin 2.0 dikemukakan.

Permohonan yang diluluskan adalah layak untuk menerima bantuan kewangan Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) SIP Prihatin 2.0 berjumlah RM300 sebulan untuk tempoh 2 bulan sahaja

Bayaran RM400 one-off Elaun Persediaan Bekerja (EPB) akan dilaksanakan sekiranya pemohon telah berjaya ditempatkan ke dalam pekerjaan dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh permohonan SIP Prihatin 2.0

SYARAT KELAYAKAN

Permohonan bagi elaun ini perlu mengikut syarat yang ditetapkan. Berikut adalah kriteria dan syarat kelayakan untuk pemohon :
  • Rakyat Malaysia yang menggangur
  • Hilang pekerjaan yang tidak dilindungi di bawah SIP (Sistem Insurans Pekerjaan)
  • Berdaftar dalam portal MyFutureJobs & aktif cari kerja
  • Hadir sekurang-kurangnya 6 temuduga dalam 2 bulan

Aktiviti Pencarian Pekerjaan Jumlah Carian Jumlah Bayaran
Menghadiri temuduga terbuka Minima 3 sesi temuduga untuk setiap bayaran EMP bulanan / bulan seterusnya RM300 sebulan
Mendapat pekerjaan dalam tempoh menerima insentif pada bulan pertama Menghadiri sekurang-kurangnya satu temuduga dalam tempoh menerima EMP SIP Prihatin 2.0 RM300 EMP + RM400 EPB
Mendapat pekerjaan dalam tempoh menerima insentif pada bulan kedua Menghadiri sekurang-kurangnya empat temuduga dalam tempoh menerima EMP SIP Prihatin 2.0 RM300 EMP + RM300 EMP + RM400 EPB
Mendapat pekerjaan dalam tempoh menerima insentif pada bulan keempat Menghadiri sekurang-kurangnya enam temuduga dalam tempoh menerima EMP SIP Prihatin 2.0 RM300 EMP + RM300 EMP



CARA MEMOHON SIP PRIHATIN?

Pemohon wajib berdaftar sebagai pencari kerja dan melengkapkan profil di Portal MYFutureJobs

Pemohon juga hendaklah berdaftar di aplikasi PRIHATIN PERKESO (PlayStore / AppleStore) bagi tujuan pembayaran elaun

Baca juga: Ramai tak tahu ada Bantuan Tambahan BKM RM500 untuk Rakyat Malaysia, Mohon sekarang

Pemohon perlu mengemaskini log aktiviti bagi setiap temuduga yang dihadiri melalui MYFutureJobs

Pemohon juga perlu memastikan tarikh kembali bekerja dikemaskini sekiranya kembali bekerja, dengan memuat naik dokumen sokongan (surat tawaran) bagi tujuan pembayaran EPB

Muat turun Soalan Lazim SIP Prihatin 2.0


Sumber: Bajet 2021


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan