Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

[Video] Bersemangat adik ini buat ‘live’ laporkan penemuan ular sawa tarik perhatian warganet

SUNGAI PETANI – Aksi bersahaja seorang kanak-kanak lelaki ‘melaporkan’ secara langsung penemuan seekor ular sawa di sebuah pasar awam di Bukit Selambau di sini menerusi akaun Facebook miliknya pada semalam menarik perhatian ramai.

Bersemangat adik ini buat ‘live’ laporkan penemuan ular sawa tarik perhatian ramai
Bersemangat adik ini buat ‘live’ laporkan penemuan ular sawa tarik perhatian ramai

Video berdurasi dua minit 47 saat itu memaparkan keletah Muhammad Hafiq Mohd. Asyraf, 11, berkongsi cerita berhubung reptilia tersebut yang ditemui di dalam longkang.


Pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Selambau terbabit turut memaklumkan ular sawa itu ditemui penduduk selepas mendapati air di dalam longkang tersumbat.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Kuala Muda, Kapten (PA) Azahar Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan ular sawa berkenaan pada pukul 6.27 petang semalam.


Ular sawa yang ditemui di dalam longkang di sebuah pasar awam di Bukit Selambau berjaya ditangkap anggota APM Daerah Kuala Muda malam semalam Katanya, empat anggota Skuad Bravo APM diketuai Koperal (PA) Siti Salmah Zakaria bergegas ke lokasi dan tiba pada pukul 7.36 malam.

“Ular sawa sepanjang empat meter dan berat 30 kilogram yang berada di dalam longkang di pasar itu akhirnya berjaya ditangkap.

Ular sawa berjaya ditangkap oleh anggota Pertahana Awam
Ular sawa berjaya ditangkap oleh anggota Pertahanan Awam

“Reptilia itu tidak berdaya lagi untuk bergerak kerana kekenyangan setelah dipercayai menelan sesuatu di kawasan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Azahar berkata, ular sawa yang ditangkap itu akan dilepaskan semula ke habitat asal.

Sementara itu, ibu kanak-kanak terbabit yang berniaga sayur di pasar awam tersebut, Mazlina Ahmad, 44, berkata, dia membuat aduan kepada APM mengenai penemuan ular sawa selepas menyedari haiwan itu bersembunyi di dalam longkang.

“Sebelum anggota APM tiba di lokasi, anak saya memaklumkan mengenai penemuan ular sawa itu secara langsung di akaun Facebook miliknya.

“Aksinya itu tidak sangka pula telah mendapat perhatian netizen termasuk ada yang meninggalkan komen, ‘budak ini amat dahsyat, bukan ular itu yang dahsyat’,” katanya.

Susulan perkongsian itu, rata-rata netizen memuji cara penyampaian ‘bersahaja’ kanak-kanak itu walaupun ada sedikit keletihan.


“Bagus budak ni, penyampaiannya ‘clear’ (jelas), walaupun ada sedikit mengah (tercungap) tetapi tahap confident (keyakinan) dia tinggi, terbaik wartawan muda,”tulis Gagak Rimba.



Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Musang Berhantu.

“Selepas ini, semua wartawan tak boleh cari makan dan boleh bersara awal, adik ni tapau semua ‘job’ (kerja) wartawan,”ujarnya.- Somber: Kosmo


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan