Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

“Semua benda nak jadikan content sampah...” – Nurulhidayah bengang Caprice persoal SOP di lift

Baru-baru ini tular video mengenai seorang bodyguard yang kelihatan menarik badan salah seorang orang awam demi memberi laluan kepada VIP untuk masuk lif.

“Semua benda nak dijadikan content sampah...” – Nurulhidayah bengang Caprice muatnaik video di lift
“Semua benda nak dijadikan content sampah...” – Nurulhidayah bengang Caprice muatnaik video di lift

Ternyata perkara tersebut menimbulkan rasa marah dan juga tidak puas hati di kalangan netizen. Hendak dijadikan cerita, rupa-rupanya bodyguard tersebut sedang mengiringi Datuk Seri Zahid Hamidi.


Bertindak dengan kadar pantas, Caprice telah memuatnaik video reaksi terhadap kejadian tersebut sebagaimana kebiasaan yang dilakukannya apabila melibatkan isu yang sedang viral.

Menjelaskan bahawa bodyguard tersebut sepatutnya lebih beradab dan tidak bertindak kasar, Caprice turut mempersoalkan SOP untuk menaiki lif tersebut.


Bagaimanapun perkara itu ternyata mengundang rasa tidak puas hati anak kepada Zahid Hamid iaitu Nurulhidayah Ahmad Zahid. Dia kemudiannya menghantar hantaran kepada Caprice melalui Instagram Story.


“I dah DM u. Bukan u takda whatsapp i minta i explain. Semua benda nak dijadikan content sampah,” - Nurulhidayah

Untuk rekod, ini bukanlah kali pertama Nurul Zahid bersuara dan menjadi perhatian di laman sosial. Sebelum ini, Nurul Zahid turut mendapat perhatian gara-gara kenyataannya berhubung tuala wanita.

Nurulhidayah Ahmad Zahid
Nurulhidayah Ahmad Zahid

Apa-apa pun, rata-rata netizen menyuarakan rasa tidak puas hati dengan tindakan pengawal tersebut.

Anak kepada Dato Seri Zahid Hamidi sebelum ini pernah memberi penjelasan selepas tular video seorang lelaki yang didakwa dihalau keluar daripada memasuki lif bersama bapanya sewaktu di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur baru-baru ini.

Nurulhidayah menjelaskan bahawa lelaki itu ditarik keluar dari memasuki lif bersama bapanya berikutan atas faktor keselamatan.


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan