Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Syifa Melvin keluar makan malam dengan orang istimewa, jadi buah mulut netizen

Pelakon, usahawan dan adik kepada Syatilla Melvin, Syifa Melvin menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-28 pada hari ini.

Syifa Melvin keluar makan malam dengan seseorang, menjadi buah mulut netizen
Syifa Melvin keluar makan malam dengan seseorang, menjadi buah mulut netizen

Menerusi laman sosial Instagram, Syifa memuat naik sekeping foto sedang menikmati makan malam bersempena hari lahir di sebuah hotel mewah untuk tatapan umum.

Namun apa yang menarik perhatian, ada netizen meneka makan malam romantis tersebut disambut bersama kekasih hati yang juga pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim, Safawi Rasid.


Menerusi perkongsian di IG Story, Syifa atau nama sebenarnya Nur Syifa Athirah Amirol Melvin dilihat berkongsi hidangan yang dinikmatinya dan terlihat kelibat seorang lelaki di hadapannya memakai baju merah jambu.


Meninjau ke IG Safawi, pemain asal Terengganu itu turut berkongsi sebuah foto memakai pakaian yang serupa di ruang restoran hotel berkenaan.


Sementara itu di ruangan komen foto Syifa dan Safawi, ramai wargamaya meninggalkan komen dengan mengusik pasangan tersebut.

Baca: “Macam kita pergi buat dosa pula ya. Selepas varian Omicron apa pula?...” — Syifa Melvin

Tidak kurang juga ada yang mendoakan agar hubungan mereka disatukan ke alam perkahwinan.

“Reveal orang yang amik gambar please. Happy birthday Syifa,” tulis seorang wargamaya.

“Sannah helwa Syifa. Semoga dalam keberkatan dan rahmat Allah, ditemukan dengan jodoh yang soleh, baik & pandai bermain bola,” doa seorang wargamaya.

“Early birthday celebration ke tew,” usik seorang wargamaya.

“Celebrate birthday someone ke tu?” tanya seorang wargamaya.

“Alamak baru tengok story Syifa terus scroll feed tiba tiba macam baju pink sama avch,” ujar seorang wargamaya.

“Dating dengan @syifamelvin,” tulis seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian Syifa mendapat hampir 13,000 manakala Safawi menerima lebih 60,000 tanda suka daripada warga Instagram.

Terdahulu, Syifa dikatakan menjalin hublngan dengan pemain berusia 25 tahun itu, namun tidak ada sebarang pengesahan rasmi daripada kedua belah pihak.


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan