Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

“Macam kita pergi buat dosa pula ya. Selepas varian Omicron apa pula?...” — Syifa Melvin

Susulan peningkatan kes Covid-19 dalam kalangan jemaah umrah tanah air dan penangguhan sementara kebenaran perjalanan umrah bermula 8 Januari ini, pelakon dan usahawan Syifa Melvin mengakui agak terkesan kerana terpaksa menangguh rencana ibadahnya.

Syifa Melvin
“Macam kita pergi buat dosa pula ya. Selepas varian Omicron apa pula?...” — Syifa Melvin

Berkongsi kepada umum, adik kepada aktres popular Syatilla Melvin itu berkata, penangguhan tersebut bukan satu permulaan tahun baru yang baik buat dirinya.

“Ini bukan permulaan yang baik buat saya. Saya sepatutnya berlepas ke Tanah Suci dan menunaikan umrah pada 20 Januari depan,” katanya dalam satu perkongsian InstaStory.

Dalam pada itu, pelakon drama #Siscuba itu, turut mempertikaikan tindakan pihak berkuasa yang menangguh ibadah umrah berbanding penerbangan ke luar negara lain.

“Perlu cucuk (vaksin) sehingga empat hingga lima kali ke baru nak lepas? Kalau pergi United Kingdom semuanya okey sahaja.

“Macam kita pergi buat dosa pula ya. Selepas varian Omicron apa pula? Kita tiada kuasa, jadi turutkan saja sehingga mencapai agenda mereka,” katanya lagi.

Semalam, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menegaskan, bukan hasrat Kementerian Kesihatan dan kerajaan untuk menyekat perjalanan rakyat dan tindakan diambil adalah berdasarkan data serta maklumat kes positif Covid-19 yang diperolehi.

Baca: Kerajaan tangguh sementra perjalanan umrah, bimbang penularan varian Omicron


Kosmo! semalam turut melaporkan sebanyak 1,306 kes atau 11.76 peratus daripada 11,108 jemaah umrah dikesan positif Covid-19 berdasarkan data sehingga 30 Disember lalu iaitu sejak kumpulan pertama jemaah umrah berlepas ke Tanah Suci pada 13 Oktober 2021.- K! ONLINE


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan