Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

“Ramai yang cakap menyimpan rasa busuk hati terhadap Siti Nordiana...” — Syura

Membidas kecaman ramai, penyanyi Syura bertegas tidak pernah menyimpan rasa cemburu terhadap setiap kejayaan yang diraih oleh rakan seperjuangannya, Siti Nordiana seperti yang didakwa sebelum ini.

Syura merupakan salah seorang daripada lima individu yang menerima writ saman daripada Siti Nordiana berjumlah RM2.5 juta.
Syura merupakan salah seorang daripada lima individu yang menerima writ saman daripada Siti Nordiana berjumlah RM2.5 juta.

Pemilik nama penuh Zuraidah Badron, 36, itu menjelaskan tidak pernah berniat untuk merosakkan hubungan persahabatannya dengan pelantun Angkara itu.

“Ramai yang cakap saya jadi begini kerana menyimpan rasa busuk hati terhadap kejayaan Siti Nordiana sejak Gegar Vaganza musim kedua sekitar tahun 2015.

“Kalau saya memang iri hati, sejak dahulu saya dah lakukannya. Benda sudah jadi dengan izin Allah SWT dan berlaku tanpa niat saya, hadap sajalah,” katanya kepada Kosmo! ketika ditemui selepas majlis pelancaran single baharu Lan Solo, 5 Kaki 4 Inci di Redbox, The Garden kelmarin.

Syura yang terkenal dengan lagu Nazam Berkasih itu tetap reda dengan semua perkara yang berlaku ketika ini dan sentiasa mendoakan sesuatu yang baik akan muncul.

“Selepas semua ini berlaku, mungkin jadi pengajaran kepada pihak saya dan dia juga.

“Apa yang saya belajar daripada kes ini ialah dalam semua perhubungan, kita tak akan lari daripada masalah sama ada besar atau kecil. Mungkin ada sebab juga perkara tersebut berlaku.

“Kalau cakap pasal harapan, rasa-rasanya, saya mahupun pihak plaintif masing-masing inginkan satu keputusan yang baik untuk semua,” ujarnya lagi.

Tidak terlepas daripada menjadi mangsa kecaman, ibu kepada tiga orang cahaya mata itu mendedahkan turut dihujani kata-kata negatif daripada netizen dalam media sosial.

“Kecaman memang sentiasa ada tapi saya tak pernah tutup ruangan komen dan turut menerima banyak kata-kata negatif sejak kes tersebut.

“Bukan sahaja apa yang mereka nampak dalam ruangan komen tetapi ada juga yang menghantar menerusi mesej (DM) Instagram.

“Paling melampau ada komen yang menyentuh soal maruah saya. Perkara begitu bagi saya tidak patut,” katanya lagi.

Meski begitu, Syura menolak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap segelintir individu yang menabur fitnah tentang dirinya.

“Kalau saya nak panjang perkara itu, saya boleh saja saman mereka pula tetapi cukuplah dengan apa yang berlaku ketika ini,” tuturnya.

Sebagai info, Syura merupakan salah seorang daripada lima individu yang menerima writ saman daripada Siti Nordiana berjumlah RM2.5 juta.

Empat lagi individu terlibat ialah Lan Solo, Sheila Hassim, Sam Samin dan Razidah Ahmad.

Episod saman tercetus susulan siaran langsung dalam Instagram (IG Live) membabitkan Lan, Syura, Sheila serta jurusolek, Aida G dan pegawai perhubungan awam syarikat rakaman FMC, Sam Samin yang dikatakan menfitnah Siti Nordiana sebagai pembawa mulut sehingga menjejaskan karier Lan dan Syura.

Siti Nordiana, 37, memfailkan saman tersebut menerusi menerusi Tetuan Abang Azlan & Associates pada 30 Julai lalu di Mahkamah Sesyen Sivil di sini, dengan menamakan Lan, 36, isterinya Nur Sheila dan Syura, masing-masing sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Dua lagi defendan iaitu keempat dan kelima ialah Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Rakaman FMC Music, Sam Musyadzafar, 43, dan jurusolek artis bebas, Razidah Ahmad, 42.

Dalam saman tersebut, Siti Nordiana telah menuntut penerbitan permohonan maaf menerusi siaran akhbar, Instagram dan Facebook live serta RM500,000 daripada setiap defendan.

Writ saman yang dihantar secara emel itu, beberapa perkara telah dinyatakan iaitu permohonan maaf secara terbuka dalam media sosial dan terbitan akhbar serta tuntutan amaun ganti rugi RM500,000 daripada setiap defendan yang secara keseluruhannya berjumlah RM2.5 juta.

Selain itu, terdapat juga tiga lagi tuntutan iaitu ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan ganti rugi khas yang akan dinilai serta ditentukan oleh pihak mahkamah.


Pada 3 Ogos lalu Kosmo! melaporkan pertelingkahan penyanyi Siti Nordiana bersama lima sekawan termasuk Lan Solo dan Syura Badron kini memasuki episod baharu apabila selebrti tersebut menfailkan saman berjumlah RM2.5 juta.

Terbaharu, pada 31 Disember lalu, Kosmo! melaporkan dua daripada lima individu yang disaman penyanyi Siti Nordiana Alias berhubung dakwaan fitnah di platform media sosial Instagram, memfailkan permohonan untuk memindahkan prosiding perbicaraan kes dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi. – Kosmo Online


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan