Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Datuk jelaskan perkara sebenar “Dia remaja bermasalah, mungkin baru terjebak penagih”

Kisah seorang remaja yang dimandikan seperti jenazah dan kemudian dijatuhkan hukuman penjara 10 hari kerana mencuri tabung masjid sedang tular ketika ini.

Datuk jelaskan perkara sebenar “Dia remaja bermasalah, mungkin baru terjebak penagih”
Datuk jelaskan perkara sebenar “Dia remaja bermasalah, mungkin baru terjebak penagih”

Ada yang berkata remaja berkenaan mencuri kerana mahu membeli ubat untuk datuknya. Ini membuatkan ramai yang mahu tahu kisah sebenar.

Akhirnya datuk kepada remaja itu sendiri tampil menjelaskan hal sebenar, agar orang ramai tak salah faham.

Melalui laporan Malaysia Gazette, datuk kepada remaja berkenaan bernama Rosli Sidek 65 tahun. Jelas Rosli, dia yang memberi saranan kepada AJK masjid agar buat report polis ke atas cucunya, iaitu Daniel Iskandar, 19 tahun

Rosli mahu cucunya itu mengambil ikhtibar dan pengajaran di atas perbuatannya. Rosli juga mendedahkan cucunya itu merupakan remaja yang bermsalah selain mula terjebak sebagai penagih.

“Daniel Iskandar seorang remaja yang agak bermasalah dan saya tak sanggup dah nak jaga dia sebab tindakan dia dah tak terkawal sampai jadi agresif.”

“Mungkin dia ada ambil benda terlarang dan baru terjebak jadi penagih sebab saya nampak dia ada buat tindakan luar dugaan.”

“Sebelum ini, dia pernah ambil wang saya dan motosikal saya, wang simpanan umrah arwah neneknya pun dia ambil. Selain itu dia pernah ambil telefon bimbit saudaranya. Ada sekali tu dia mengugut arwah neneknya. Dia juag selalu saja pulang lewat malam.”

Baca: Selepas dimandikan seperti 'jenazah', remaja curi tabung masjid dijatuhi hukuman lain

Rosli meminta orang ramai tak menyalah pihak AJK masjid kerana dia meamng mahu cucunya berubah dan jadikan hal berkenaan sebagai pengajaran.

Tentang video cucunya menjadi viral setelah dimandikan seperti jenazah, Rosli tak terasa hati.

“Saya tidak ada terasa hati pun dan sebenarnya bersyukur dia diberi pendidikan sebab kelakuannya iaitu mencuri. Nasib baik hanya dijirus air biasa bayangkan jika air panas macam mana.”

Tentang kisah kononnya cucunya itu mahu membeli ubatnya, Rosli memberitahu hal sebenar.

“Saya tak pernah suruh dia beli ubat sehingga dia pergi mencuri. Saya sebenarnya ada dapat bantuan dari Lembaga Zakat Selangor sebanyak RM400 sebulan.”


“Kemudian, pihak AJK masjid pun selalu tanya khabar dan ada bantu sikit dengan beri barang keperluan asas seperti beras setiap bulan.”

Rosli berharap selepas ini Daniel Iskandar akan insaf dan dapat masuk ke rumah perlindungan atau mana-mana pusat kemahiran.

Daniel Iskandar, 19 tahun, yang merupakan seorang penganggur, dikenakan hukuman penjara selama 10 hari beserta denda RM4000 oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah mencuri tabung masjid dengan mengheret dan menyembunyikannya di bilik mandi jenazah sekitar 11 malam.


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan