Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Ramai tak tahu ada Bantuan Tambahan BKM RM500, Mohon sekarang

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah satu bentuk insentif bantuan yang diperkenalkan oleh kerajaan. Bantuan ini bertujuan untuk meringankan kehidupan rakyat untuk meneruskan kehidupan mereka dengan selesa. BKM adalah pemberian bantuan tunai langsung kepada kumpulan bersasar kepada isi rumah, bujang B40, warga emas dan ibu bapa tunggal.

Bantuan Tambahan BKM RM500 untuk Rakyat Malaysia

MUKADIMMAH BKM

Nama asal Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ialah Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang telah diubah pada bajet belanjawan 2022 yang telah diadakan pada Oktober 2021 lepas. Bantuan lain yang telah diperkenalkan oleh kerajaan tahun lepas ialah Bantuan Sara Hidup dan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).

Bantuan-bantuan ini telah dapat meringankan sedikit sebanyak kesusahan rakyat dari segi kewangan. Perbezaan bantuan-bantuan ini adalah dari segi nama, pihak kerajaan serta kadar bantuan yang ditetapkan kerajaan.

Ketika Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dilaksanakan, setiap yang layak akan mendapat bantuan mengikut fasa yang ditetapkan dan mengikut kategori yang ditetapkan.

BANTUAN TAMBAHAN BKM

Kenyataan rasmi telah dikeluarkan oleh kerajaan bahawa terdapat bantuan tambahan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang dilaksanakan tahun ini.

Walaupun begitu, hanya penerima yang layak sahaja yang boleh mendapat bantuan tambahan ini. Penerima tersebut hendaklah menepati syarat kelayakan yang telah ditetapkan.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan untuk menerima Bantuan Tambahan BKM:

  • Penerima BKM kategori isi rumah berstatus Ibu atau Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat
  • Penerima kategori isi rumah berstatus warga emas

JUMLAH BANTUAN

Jumlah bantuan BKM yang akan diberikan maksimum adalah: RM2,000

Jumlah bantuan tambahan BKM adalah:
  • RM500 kepada isi rumah berstatus IBT yang mempunyai anak menepati syarat
  • RM300 kepada penerima isi rumah berstatus warga emas

Ini bermakna setiap isi rumah yang layak BKM dan bantuan tambahan BKM akan menerima bantuan keseluruhan maksimum berjumlah: RM2,500.

Jadual lengkap adalah seperti berikut:

Kategori Bantuan Pendapatan Bilangan Anak Kelayakan Asas Kelayakan Selepas Kadar Tambahan
IBT yang mempunyai anak (tambahan RM500) RM2,500 dan ke bawah 1-2 1,500 2,000
≥3 2,000 2,500
RM2,501 – RM5,000 1-2 600 1,100
≥3 800 1,300
Isi Rumah berstatus Warga Emas (tambahan RM300) RM2,500 dan ke bawah 1-2 1,500 1,800
≥3 2,000 2,300
RM2,501 - RM5,000 1-2 600 900
≥3 800 1,100
IBT = Ibu Bapa Tunggal

TARIKH PEMBAYARAN BKM

Setakat ini tiada makluman rasmi yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan bilakah tarikh terperinci bantuan ini akan disalurkan.

Namun begitu, bantuan ini dijangkan akan disalurkan bermula pada bulan Mac 2022. Kami akan memberikan kemaskini dari semasa ke semasa.

Baca juga:

Tarikh pendaftaran baharu, kemas kini Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) bermula hari ini
Sumber: budget.mof.gov.my/manfaat/faq/bkm.html


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan