“Ini takdir keluarga saya..” – Luahan hati bapa mangsa kemalangan hilang satu keluarga |
Sebuah perkongsian daripada Ustaz Haji Taufik UT telah mencuri perhatian ramai apabila dia ada memuat naik luahan rakannya yang juga mangsa kemalangan tersebut, Ustaz Nazri di laman Facebook.
Ustaz Taufik yang turut sebak mengenangkan nasib rakannya itu berkata kemalangan tersebut merupakan ujian paling berat yang perlu dilalui oleh seorang insan yang bergelar ketua keluarga.
Dalam hantaran tersebut, Ustaz Taufik memetik kata-kata sahabatnya itu yang mengundang sebak ramai kerana dia menerima takdir yang tertulis buat dirinya dan enggan menyalahkan sesiapa apatah lagi menghukum orang lain.
Saya tak nak hukum siapa betul dan siapa salah, tapi dengan keadaan sekarang yang berlaku, sebagai iktibar untuk orang lain. Siapa betul dan salah, kita serah pada Allah Taala. Ini geroh (takdir) keluarga saya.
Terdahulu, Ustaz Nazri yang merupakan seorang guru di Sekolah Kebangsaan Aring, Gua Musang dalam perjalanan bersama keluarga dan juga abang iparnya untuk ke kenduri kahwin di Kajang, Selangor sebelum dirempuh oleh sebuah kereta jenis Nissan Navara di persimpangan lampu isyarat.
Baca: Angkara pemandu 4WD ‛laklok’ langgar lampu isyarat merah, 4 beranak maut di tempat kejadian
Pemandu kereta jenis 4×4 itu dilaporkan memandu di bawah pengaruh dadah dan turut memiliki tujuh rekod berkaitan dadah dan tiga saman.
0 Ulasan