“Panas aku tengok video ini...” – Netizen kecam lelaki marah-marah pekerja ‘Drive-Thru’ |
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh seorang pengguna @elorakdshn di laman Twitter, dia merasa marah dengan tindakan lelaki itu yang dianggap keterlaluan.
“Sumpah aku panas hati tengok lelaki ini cakap kasar dengan pekerja tersebut.
“Pekerja itu hanya tanya semula ingin berapa ketul ayam, mungkin dengan pekerja marhaen kau berani tunjuk hebat,” ciapnya.
Menerusi rakaman tersebut, difahamkan, pekerja restoran itu bertanya semula jumlah ketulan ayam goreng yang ingin dibeli sebelum lelaki berkenaan didakwa meninggi suara sekali gus bertukar menjadi lebih emosi.
Lelaki itu kemudian menuju ke kaunter juruwang untuk membuat pembayaran dan mula menunjukkan reaksi muka yang kurang senang ketika perlu menunggu wang bakinya.
Sumpah aku panas hati tengok si pondan hauk ni maki maki cashier mcd. His defense was cashier tu tanya balik nak berapa pcs???? Dengan staff marhaen kau berani lah tunjuk power eh, ke sebab tengah record??? pic.twitter.com/y7zODeN6Da
— Gojo Sexy Satoru’s Wife (@elorakdshn) January 28, 2022
“Cepatlah! Terhegeh-hegeh. Tak perlu minta maaf, dah salah tetap salah, aku tengah panas ni,” katanya tanpa menghiraukan permohonan maaf yang dibuat oleh pekerja tersebut.
Kejadian itu mendapat reaksi negatif netizen yang menyifatkan lelaki itu bersikap biadab.
“Panas aku tengok video ini. Kalau untuk konten sekali pun, beradap la dan pekerja itu dah baik minta maaf, apa jenis perangai,” ciap @Ceddy.
“Lelaki tu yang pekak, tiba-tiba nak marah,” luah @petro_ikato.
“Pekerja itu cakap nasi lemak dah habis yang dia nak marah-marah cakap ayam tidak ada kenapa,” kata @syed_hamadi. – K! ONLINE
0 Ulasan