”Orang berkemban ni haa dekat rumah, kau pulak bawa anak beranak kau..” – Zarina Anjoulie |
Menurut Anju, pelanggan tersebut siap masuk ke dalam rumahnya meskipun telah dilarang.
Aku tak faham manusia ni dah makan dekat kedai emak aku, pasti nak jalan-jalan sampai masuk rumah aku. Annoying bila dah cakap suruh keluar macam tak faham bahasa.
Bukan sorang, satu kampung pula tu. Aku dah cakap sekali tak faham bahasa, lepas tu kau marah aku suruh cakap elok-elok.
Orang berkemban ni haa dekat rumah, kau bawa anak beranak kau. Percaya atau tidak, ada yang sampai masuk rumah, duduk macam buat rumah sendiri.
Tapi bila aku keluar bilik, dia orang lari sambil cakap ‘ek ada orang lari’ jadi kau tahu la ni rumah orang.
Menurut Anju, dia berasa hairan dengan sikap manusia yang tidak faham bahasa sejak belakangan ini. Ujarnya, bukan seorang dua yang datang ke rumahnya pada masa itu.
Sebagai manusia biasa, Anju meluahkan rasa rimas apabila ‘privacynya’ ketika berada di dalam rumah diganggu oleh orang yang tidak dikenali.
Anju turut memberitahu bahawa dia sudah menegur individu berkenaan secara baik namun, teguran tersebut tidak dipedulikan.
Untuk mak cik tadi, aku dah cakap elok-elok dekat kau tadi kau yang tak nak keluar. 4 kali aku suruh kau keluar tak menyirap aku? Come on please respect other peoples privacy.
Dekat luar aku dah memang jadi hal netizen ok fine tapi takkan sampai dekat rumah aku sendiri pun aku tak ada privasi!
Di samping itu, Anju berharap setiap individu mempunyai rasa hormat terhadap ‘privacy’ individu lain.
Zarina Anjoulie |
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Anju memberi pesanan buat individu berkenaan agar menjaga adab ketika berkunjung ke sesuatu tempat.
Jelas pengikut Anju lagi, kedai makan dan rumah merupakan dua tempat yang berbeza.
Oleh itu, individu yang diperkatakan oleh Anju itu perlu berfikir sama ada tindakan yang dilakukan itu betul atau salah.
Menurut perkongsian di Twitter, rupanya ibu Zarina Anjoulie, Norzaini Abdul Hamid merupakan wanita yang handal memasak.
Paling cool, Gordon Ramsay pernah belajar memasak rendang daripada Aunty Aini. Bukan biasa-biasa ni weh.
Selain itu, Aunty Aini juga memiliki restoran sendiri di Nilai, Negeri Sembilan yang diberi nama Aunty Aini’s Garden Café. Mesti orang Nogori tahu tempat ni kan?
Lagi gempak, restoran miliknya juga pernah dikunjungi oleh cef terkenal, Anthony Bourdain dan Martin Yan.
Difahamkan, Aunty Aini juga pernah menjadi pengacara rancangan masakan, RASA Instafamous di Astro.
Dalam rancangan tersebut, dia telah memasak bersama 13 personaliti yang terkenal di Instagram. Admin pernah tengok tapi tak tau pulak dia ialah ibu Zarina.
0 Ulasan