Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

“Rendang tak laku nak melalak kat aku” – Zarina Anjoulie berang difitnah Diva AA tak beri bantuan banjir

Selebriti dan usahawan, Zarina Anjoulie tampil menyelar tindakan Azwan Hj Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA yang menuduhnya tidak memberi sebarang bantuan kepada mangsa banjir baru-baru ini.

Zarina Anjoulie Berang Difitnah Diva AA Tidak Beri Bantuan Banjir
Zarina Anjoulie Berang Difitnah Diva AA Tidak Beri Bantuan Banjir

Dalam sebuah ciapan di laman Twitter, Diva AA telah berkongsi foto tiga individu yang merupakan mantan Perdana Menteri, Dato Sri Mohd Najib, pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew dan Zarina.

Zarina Anjoulie Berang Difitnah Diva AA Tidak Beri Bantuan Banjir

Pada hantaran tersebut turut disertakan kapsyen mempersoalkan kelibat ketiga-tiga mereka yang kononnya tidak kelihatan di kawasan-kawasan banjir untuk memberi bantuan.

Malah pengacara sensasi itu turut mendakwa mereka tidak kelihatan berkemungkinan tiada lagi dana atau takut dikecam.

Zarina Balas Sindiran

Berang dengan tuduhan tersebut, Zarina menerusi laman Instagram nya menegaskan segala tindakan dan bantuan yang dilakukan oleh mereka (termasuk Ebit) tidak perlu ditunjukkan kepada umum ataupun memaklumkan pada dirinya.

“Atleast kitorang ada la tolong … persoalan nya aku tak pernah pun tengok kau tolong langsung hmmmm..mana kau tau aku dgn Ebit lew tak hulur duit dekat orang..setiap resit kita transfer kena post kat feed ke ? kena dm kau ke? we all know how to play our part … do u???? JOM LA LIVE SAMA

“Pastu suruh org tag n konon akan kasi 200 pada siapa yang tag .. hello baik kau donate 200 kat mangsa banjir daripada kau kau kasi upah untuk org spread negativity. tak masuk akal” tulis Zarina

Zarina Anjoulie Berang Difitnah Diva AA Tidak Beri Bantuan Banjir

Tidak berakhir disitu, Zarina turut berkongsi tangkap layar ciapan Diva AA yang memerli seorang wanita berstatus ibu tunggal dipercayai merujuk kepada dirinya.

Cabar Diva AA Semuka

Susulan itu, Zarina yang pernah popular menerusi drama Anak Pontianak mencabar Diva AA untuk bersemuka dengannya secara langsung dalam ruangan IG Live.

Tegas pelakon itu, dia tidak akan berdiam diri setelah Diva AA menuduhnya dengan pelbagai tohmahan selain turut ‘tag’ pada akaunnya.

“Amok kena sindir? aku selama ini diam. kau sindir aku baru semalam fire balik kau tak leh angkat ke? Kau ingat aku nak diam dah bertubi-tubi kau kacau aku? aku celebrity sampah? Well at least aku masih ada job, kau tengah buat apa dengan hidup kau?

“Rendang tak laku nak melalak pasal aku.. sampah-sampah aku pun aku duduk banglo kau duduk kondo konon 1 juta entah betul ke tidak pui…

“Dont you dare come for me pastu ingat aku akan diam..dah kena saman dengan dato vida haritu tau takut.. nak kena dengan aku pulak ke?

“meh la live sama. Dont tell me you dont have the guts to do so” kata Zarina lagi

Bagaimanapun, menerusi terkini hantaran Zarina tersebut telah pun dipadam manakala Diva AA turut memadam beberapa ciapan mengenainya.

Sekadar info, Zarina dan Ebit antara figura popular yang aktif memberi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Pahang.

Sumber: Murai.my



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan