Zarina Anjoulie menempelak segelintir kaum lelaki yang mengkritik perbuatannya melakukan proses sedut lemak untuk kurus |
Pemilik nama lengkap, Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul itu secara sinikal berkata, menonton video lucah dan melakukan perkara tidak senonoh di hadapan komputer juga adalah haram, namun masih berlaku khususnya dalam kalangan lelaki.
Menurut pelakon yang mula dikenali dalam dunia lakonan menerusi siri televisyen Anak Pontianak itu, ramai golongan lelaki tidak sedar diri semasa melontarkan pendapat atau mengkritik setiap tingkah lakunya.
Sementara itu, Zarina atau lebih mesra disapa Anju menjelaskan, buat masa ini dia tidak terikat dengan mana-mana kontrak produk kurus sekali gus menepis dakwaan dia tidak jujur dalam proses penurunan berat badannya.
“Sedut lemak bukan sedut sampai 10 kilogram (kg) satu bahagian dan selepas susut berat badan kena ‘maintain’ saya masih guna suplemen.
“Kontrak saya bersama satu produk kurus sudah tamat pada minggu lepas, jadi suka hati sayalah nak sedut apa. Kalau saya menipu pengikut, baik saya diam tak buat hantaran apa-apa (di media sosial),” ujarnya.
Pelakon berusia 34 itu bertegas, dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk berbelanja melakukan prosedur tersebut kerana status kewangannya yang ‘lebih daripada mampu’.
“Sebab perut buncit lepas beranak, susah nak hilang walaupun joging dan bersenam, saya pergi sedut lemak.
“Saya janda, bosan duduk rumah seorang tak tahu nak buat apa dengan duit, jadi saya pergilah (buat prosedur),” ujarnya.
Zarina turut berkongsi video pendek di Instagram yang memaparkan proses dia melakukan liposuction di sebuah klinik swasta baru-baru ini. – Kosmo Online
0 Ulasan