LONDON: Seorang wanita dijatuhi hukuman penjara seumur hidup selepas didapati bersalah membunuh dan memenggal kepala seorang wanita rakyat Malaysia dalam kes perbicaraan yang turut disiarkan secara langsung di televisyen semalam.
Jemma Mitchell (kiri) didapati bersalah membunuh Mee Kuang Chong (kanan) di mahkamah Old Bailey di London semalam.- AGENSI |
Menurut portal Daily Mail, Jemma Mitchell didakwa memukul kepala mangsa, Mee Kuen Chong yang berusia 67 tahun di rumahnya di London pada Jun tahun lalu.
Menggunakan kemahiran yang dipelajarinya semasa pengajian perubatan, suspek kemudian memenggal kepala rakannya itu sebelum meletakkan mayat mangsa di dalam beg pakaian yang disembunyikan di atas bangsal jirannya.
Dua minggu kemudian, Mitchell memandu lebih 300 kilometer ke bandar tepi laut Salcombe di Devon sebelum mencampakkan mayat Chong ke dalam hutan.
Pihak pendakwaan mendakwa Mitchell yang berusia 38 tahun merancang untuk membunuh Chong yang mengalami gangguan mental dan memalsukan wasiat warga emas itu untuk mewarisi sebahagian besar harta pusakanya bernilai lebih 700,000 pound (RM3.84 juta).
Hakim, Richard Marks berkata, mangsa mengalami kematian yang tragis dan suspek tidak menunjukkan sebarang penyesalan akibat perbuatannya dan hukuman penjara seumur hidup atau sekurang-kurangnya 34 tahun penjara dijatuhkan ke atas suspek.
Kakak mangsa, Amy Chong yang berada di Malaysia turut menyaksikan perbicaraan itu secara langsung melalui pautan video bersama tiga anak saudaranya.
Kes tersebut merupakan kali kedua disiarkan di televisyen selepas kamera dibenarkan masuk ke mahkamah jenayah untuk merakam hukuman dan yang pertama melibatkan defendan wanita.
Sumber: Utusan Malaysia
0 Ulasan