Kelurga Malaysia merupakan slogan dan tanda keharmonian dan kebersamaan sesama rakyat Malaysia. Kerajaan Malaysia sentiasa mengutamakan keluarga Malaysia. Banyak sebenarnya sumbangan kerajaan kepada rakyat Malaysia pada pelbagai golongan.
Semak kelayakan dan cara memohon bantuan elaun Keluarga Malaysia RM150-RM1,000 |
Kerajaan Malaysia sentiasa berusaha dan komited membawa pembaharuan hidup kepada mereka yang memerlukan. Usahasama kerajaan bersama jabatan dan agensi kerajaan adalah untuk memastika mereka yang benar-benar memerlukan bantuan menerima sumbangan kerajaan.
Sumbangan kerajaan Malaysia juga berupa ihsan dan kasihnya kepada rakyat. Bantuan juga disalurkan dari segi pemakanan dan bantuan kewangan secara elaun. Kini, Kerajaan Malaysia masih mengekalkan pemberian bantuan secara bulanan. Untuk ikuti lebih lanjut dan cara permohonan. Anda boleh merujuk dibawah.
Bantuan elaun keluarga Malaysia berupa bantuan kewangan kepada rakyat Malaysia. Sememangnya sejajar dengan tema kerajaan Malaysia iaitu “keluarga Malaysia”, kerajaan Malaysia telah mewujudkan badan kerajaan dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi memastikan keluarga yang ada di Malaysia dari pelbagai golongan bangsa,budaya samaada berbeza terdiri dari mereka yang muda, tua, bujang atau berkeluarga mendapat bantuan atau wang ihsan daripada tanggungan kerajaan Malaysia kali ini.
Kerajaan Malaysia telah memperuntukkan bantuan kewangan berupa elaun secara bulanan sebanyak RM150-RM1000 sebulan kepada golongan keluarga yang mempunyai kanak-kanak:-
Bantuan kanak-kanak (BKK)
Bantuan ini diperuntukan oleh JKM dibawah program prihatin golongan keluarga yang mempunyai jagaan anak-anak dan anak-anak yang tiada penjagaan. Kerajaan amatlah prihatin kepada mereka yang memerlukan bantuan.
Melalui usaha membantu golongan tersebut kerajaan telah memperuntukan elaun khas tersebut demi mengurangkan beban keluarga yang berpendapatan rendah. Ini adalah bertujuan untuk memberi bantuan kewangan kepada mereka yang benar-benar memerlukan dan susah.
Berapakah Jumlah BKK?
Minimum bantuan kanak-kanak ialah sejumlah RM150 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM1000 sebulan mengikut pecahan seperti berikut:
- RM200 seorang bagi anak berumur 6 tahun & ke bawah;
- RM150 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun; dan
- Kadar bantuan maksimum RM1000/keluarga sebulan.
Permohoan bantuan kanak-kanak juag boleh dibuat buat masa ini dan masih dibuka dibawah Jabantan kebajikan Masyarakat(JKM), Bagi para pemohon yang ingin membuat permohonan, anda boleh merujuk permohonan bantuan dibawah.
Cara Memohon BKK
Kepada para pemohon bagi yang memiliki anak-anak mengikut syarat yang ditetapakan, anda boleh ikuti cara permohonan yang kami kongsikan kepada anda dibawah:
- Rujuk ke laman JKM – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
- Sila teliti maklumat yang disertakan di dalam portal. Melalui portal JKM, anda boleh meneliti dokumen-dokumen apa yang diperlukan dalam proses permohonan.
- Permohonan mestilah melalui borang berkaitan (Borang JKM18 dan JKM20) yang disediakan, untuk dapatkan borang anda boleh klik di bawah. Muat turun borang permohonan bantuan JKM seperti berikut:
- Anda diminta untuk mengisi maklumat yang diminta dalam borang dan sediakan dokumen yang diperlukan.
- Jikalau permohonan sudah diisi lengkap berserta dokumen yang diperlukan, permohonan anda boleh terus di hantar ke Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM). Permohonan anda akan diproses dari semasa ke semasa, dan keputusan akan dimaklumkan pada anda.
Bagi sebarang persoalan berkaitan permohonan bantuan dari pihak JKM,anda boleh terus hubungi talian khas JKM di 03 8000 8000 atau pergi ke pejabat JKM berdekatan.
Permohonan bantuan kanak-kanak dari JKM merupakan satu inisiatif yang baik dari kerajaan untuk menampung kehidupan rakyat Malaysia. Permohonan bantuan juga boleh dibuat dengan berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan.
Sumber: Jabatan Kebajikan Masyarakat.
0 Ulasan