Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Tak hormat privasi orang, wanita ini dikecam rakam Siti Nurhaliza keluarkan duit di ATM

Heboh diperkatakan, seorang pengguna TikTok dikecam netizen selepas berkongsi video ketika penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza sedang mengambil wang di mesin ATM.

Rakam Siti Nurhaliza keluarkan duit di ATM, wanita ini dikecam orang ramai
Rakam Siti Nurhaliza keluarkan duit di ATM, wanita ini dikecam orang ramai

Menerusi video pendek tersebut, pengguna TikTok yang menggunakan nama akaun @yanaothman merakam momen tersebut sambil memanggil nama Siti Aafiyah yang ketika itu turut menemani ibunya.

“Terserempak dengan Tokti kat ATM be like… Aafiyah, Aafiyah malu-malu la Aafiyah ni” ujar individu dalam video berkenaan.

Bagaimanapun, apa yang dikongsi wanita itu menerima teguran netizen yang menganggap tidak wajar dan menganggu privasi penyanyi berkenaan.

Lebih-lebih lagi rakaman tersebut dilakukan tanpa izin dan ketika penyanyi itu sedang menjalankan urusan peribadi di ATM.

Malah tindakan wanita itu juga membuat Siti Aafiyah menjadi takut dan memegang kaki Siti Nurhaliza.

Bagi menjernihkan keadaan, wanita berkenaan menyahaktifkan fungsi ruangan komen dan turut memohon maaf.

Dia juga memberitahu bahawa rakaman tersebut adalah video kakaknya yang terlalu teruja apabila terserempak dengan penyanyi kesayangan ramai itu.

Rakam Siti Nurhaliza keluarkan duit di ATM, wanita ini dikecam orang ramai

“Saya terpaksa disable comment posting kakak saya terjumpa Tok Ti (Siti Nurhaliza).

“Terlalu banyak komen negatif. Ini hanya momen kakak saya yang sekian lama hendak jumpa Tok Ti.

“Tak sangka pula ramai cakap ganggu privasi. Maaf jika video ini mengganggu anda,” ujarnya.



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan