Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Muncul buat FB Live lafaz cerai talak tiga terhadap DJ Sal, DJ Wong tak hilang

Berita mengenai misteri kehilangan seorang deejay dikenali sebagai DJ Wong sejak tujuh hari lalu terjawab selepas dia muncul bersiaran secara langsung menerusi laman Facebook baru-baru ini.

DJ Wong tak hilang, muncul buat FB Live lafaz cerai talak tiga terhadap DJ Sal
DJ Wong tak hilang, muncul buat FB Live lafaz cerai talak tiga terhadap DJ Sal

DMenerusi siaran langsung yang berdurasi 15 minit itu, DJ Wong atau nama sebenarnya, Noor Aziz Johari, 53, yang berbaju Melayu biru muda, meminta maaf dan bersumpah di hadapan al-Quran.

Beliau menyatakan yang keadaan dirinya masih sihat serta selamat dan meminta semua pihak menghentikan pencarian, namun tidak mendedahkan lokasi sebenar dia berada.

DJ Wong yang sesekali kelihatan menangis, mendedahkan punca dia keluar daripada rumah adalah atas kerelaan hatinya kerana mempunyai masalah peribadi dengan isteri yang dikenali sebagai DJ Sal.

Beliau melahirkan rasa syukur kerana walaupun hanya berbekalkan syiling RM2.70 serta sebuah telefon bimbit, namun masih mampu bertahan dan dapat berbuka puasa di tempat yang selamat sepanjang tempoh sejak tujuh hari lalu.

Lelaki terbabit pada akhir siaran langsung turut melafazkan cerai talak tiga terhadap isterinya dan memgumumkan kepada pengikutnya yang beliau tidak akan muncul lagi di FB selepas ini.

DJ Wong dilaporkan oleh isterinya menghilangkan diri selepas keluar melalui pintu belakang rumah mereka di Taman Ria Mesra 2 jam 9.30 malam Rabu, lalu.

Kehilangannya itu menimbulkan persoalan kepada peminat dan juga ahli keluarga kerana dia dikatakan keluar sehelai sepinggang selain telefon bimbit dimatikan.

Sementara itu, Dj Sal ketika dalam satu siaran langsung lain di laman FB menyifatkan bekas suaminya itu sebagai lelaki dayus susulan tindakannya menghilangkan diri dan melafazkan cerai secara umum di FB.

DJ Sal juga berulang kali menyatakan yang dia enggan mengaibkan lelaki terbabit dan hanya meminta DJ Wong menunggu di mahkamah.



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan