Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Kantoi pelitup muka Jovian terputus masa ‘live’, netizen kecam kualiti mask kayangan

Seperti ramai yang sedia maklum, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah mengumumkan pelitup muka bukan perubatan perlu mendapat perakuan SIRIM berkuatkuasa tidak lama lagi.

Kantoi pelitup muka Jovian terputus masa ‘live’, netizen kecam kualiti mask kayangan
Kantoi pelitup muka Jovian terputus masa ‘live’, netizen kecam kualiti mask kayangan

Difahamkan, kerajaan telah bersetuju untuk menunda penguatkuasaan pewartaan perakuan standard pelitup muka ini selepas mengambil kira maklum balas dari orang ramai.

Sebelum ini, Jovian Mandagie telah menerima kritikan ramai apabila menyokong keputusan kerajaan ini dengan mengatakan ia adalah langkah yang bagus bagi membanteras pelitup muka yang tiada kualiti di pasaran.

Terbaharu, tular di media sosial video ‘live’ Jovian Mandagie mempromosikan pelitup mukanya dengan turut menampilkan Dato’ Sri Hajah Siti Nurhaliza. Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila tali pelitup muka tersebut putus apabila Dato’ Sri Hajah Siti Nurhaliza mahu memakainya.

Untuk pengetahuan anda, Jovian Mandagie menjelaskan bahawa pelitup muka keluarannya ‘Jovian Mask’ selamat dipakai dan berkualiti kerana telah diiktiraf oleh MDA sebelum ini.

Sedutan video ‘live’ tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen mengatakan kualiti pelitup muka keluaran Jovian Mandagie pun bukannya tidaklah berkualiti jika talinya senang terputus.

Baca: “Tak perlu ‘caci maki’ saya, ” — pelitup muka ‘hauk’, Jovian Mandagie beri penjelasan

Malah, para netizen turut berpendapat bahawa kata-kata Jovian Mandagie memakan diri apabila beliau mengatakan perakuan SIRIM diperlukan untuk membanteras pelitup muka kualiti hauk di pasaran.

Tidak hanya itu, segelintir netizen turut mengatakan bahawa pelitup muka murah yang dibeli di pasaran lebih berkualiti daripada pelitup muka yang dijual oleh Jovian.



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan