Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

TV3 pandang serius babak panas 'Perempuan Itu", minta produksi peka sensitiviti agama

Susulan klip video drama terbaru lakonan Zul Ariffin berjudul Perempuan Itu yang mencetuskan sensasi di media sosial sejak Jumaat, pihak TV3 memandang serius perkara terbabit.

TV3 pandang serius babak panas drama 'Perempuan Itu", minta produksi peka sensitiviti agama
TV3 pandang serius babak panas drama 'Perempuan Itu", minta produksi peka sensitiviti agama

Bakal ditayangkan Ramadan depan, ini kenyataan rasmi TV3 berhubung isu yang menerima reaksi pelbagai pihak ini;

“Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) memandang serius dan mengambil berat akan suara dan pandangan orang ramai mengenai video dalam petikan adegan daripada drama Perempuan Itu yang tular di media sosial.

“Adegan yang dipaparkan sememangnya tidak sesuai untuk disiarkan apatah lagi bagi tujuan promosi. Malahan adegan tersebut juga tiada dalam perbincangan atau mendapat kelulusan daripada pihak stesen.

Baca artikel sebelum ini


[Video] Zul Ariffin muat naik klip panas drama 'Perempuan Itu', pelakon cute Siti Hariesa pula tular
Video sekadar tujuan publisiti, pengarah jelaskan babak ‘panas’ Zul Ariffin mungkin tak tayang di TV
Video sekadar tujuan publisiti, pengarah jelaskan babak ‘panas’ Zul Ariffin mungkin tak tayang di TV

“Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana pengisian drama-drama tempatan perlu mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF).

“Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) ingin mengingatkan semua pihak yang meliputi produksi dan para pelakon supaya menjadi lebih peka kepada tindak-tanduk yang dilakukan serta menjaga sensitiviti agama dan masyarakat terutamanya dalam menjayakan mana-mana karya,” ujar kenyataan rasmi tersebut.

Terdahulu, posting berkenaan di akaun Instagram Zul dihujani reaksi pelbagai kerana mempunyai babak bersama pelakon wanita yang disifatkan kurang bersesuaian.

Bagaimanapun, klip tersebut sudah pun dipadamkan.

Selain Zul, drama Perempuan Itu terbitan Erma Fatima ini turut dibintangi Mimi Lana dan diarahkan oleh Ain Sharif dan Isma Yusof.



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan