Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Tengku Datuk Seri Zafrul buat kenyataan mengenai Bantuan Keluarga Malaysia 2022

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan disalurkan pada bulan ini selewat-lewatnya mulai 31 Mac, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Tengku Datuk Seri Zafrul buat kenyataan tentang penyaluran Bantuan Keluarga Malaysia
Tengku Datuk Seri Zafrul buat kenyataan tentang penyaluran Bantuan Keluarga Malaysia 2022

Menerusi video berdurasi satu minit yang dimuat naik dalam Facebooknya, Tengku Zafrul berkata, beliau menerima banyak reaksi sama ada menerusi Facebook mahupun laman Instagram yang bertanyakan mengenai perkara itu.

Katanya, bagi penerima bantuan berkenaan, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) perlu menapis 12 juta permohonan yang diterima tahun ini.

“Mereka sedang berusaha mengesahkan kelayakan permohonan ini secepat mungkin kerana kita hendak pastikan semua Keluarga Malaysia yang layak menerima bantuan.

“Saya tidak mahu LHDN tergesa-gesa memproses bantuan itu sehingga ada Keluarga Malaysia yang layak tetapi tercicir,”katanya.

Dalam pembentangan Bajet 2022 di Dewan Rakyat tahun lalu, Tengku Zafrul mengumumkan kerajaan memperuntukkan bantuan BKM sebanyak 8.2 bilion yang akan memberi manfaat kepada 9.6 juta penerima.

Sumber: FB Tengku Zafrul


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan