Video tular menampakkan aktor kacak, Zul Ariffin melakonkan babak panas dengan pelakon wanita, Siti Hariesa dalam drama berjudul Perempuan Itu telah menjadi perbualan hangat sejak semalam.
Sekadar tujuan publisiti, pengarah jelaskan babak ‘panas’ Zul Ariffin mungkin tak tayang di TV |
Beberapa babak yang kurang sesuai ditonton itu telah dimuat naik sendiri oleh pelakon lelaki tersebut di Instagramnya walaupun drama berkenaan belum lagi ditayangkan.
Pengarah ambil tanggungjawab
Pelbagai respon negatif diterima dan pastinya mereka dikecam hebat oleh netizen termasuklah penerbit drama berkenaan Erma Fatima yang disangka sebagai pengarah untuk drama tersebut.
Mengambil tanggungjawab sebagai pengarah, Ain Sharif menerusi laporan dari Mstar telah mengaku memang dia yang mengarahkan babak tersebut. Namun, Ain memaklumkan berkemungkinan adegan terbabit tidak akan ditayangkan pun di kaca televisyen.
“Ya! Saya yang mengarahkan babak itu… adegan yang Zul kongsi itu adalah scene director cut yang mungkin tidak akan ditayangkan di televisyen. Apa yang netizen tonton itu rakaman second version jika sesuai untuk digunakan dan sekadar untuk tujuan publisiti.” jelasnya.
Tak tahu Zul akan kongsi video babak tu.
Tambahnya lagi, dia sama sekali tidak tahu yang Zul Ariffin akan berkongsi babak tersebut di media sosial kerana dia juga terkejut apabila video itu tular. Akan tetapi, disebabkan dia adalah pengarah untuk drama tersebut, Ain dengan hati terbuka mengambil tanggungjawab sepenuhnya.
“Saya tak tahu pula Zul akan berkongsi babak itu di Instagram. Saya pun terkejut bila dapat tahu orang bercakap tentang hal ini tapi benda pun dah jadi, sebagai pengarah saya kena ambil tanggungjawab ini.”
“Sebenarnya adegan intim begitu tak sampai 10 peratus pun dalam drama ini. Babak berkenaan dihasilkan untuk menggambarkan karakter Sera iaitu lakonan Siti Hariesa sebagai isteri kedua Emir (Zul Ariffin),” katanya.
Dah dapat persetujuan pelakon
Menjawab beberapa persoalan berkenaan adegan intim itu, Ain menjelaskan sebenarnya mereka telah membuat perbincangan terlebih dahulu dan para pelakon juga bersetuju. Babak tersebut juga adalah rakaman ‘second version‘ dan ia terpulang kepada pihak stesen TV sama ada mahu digunakan ataupun tidak.
“Sebelum penggambaran pun kita dah berbincang dengan pelakon dan mereka okay untuk lakonkan babak begitu. Kita buat rakaman second version itu bertujuan untuk menjadikan drama lebih menarik tapi semuanya terpulanglah kepada stesen nak pakai atau tidak.” kata Ain lagi.
Namun begitu, Ain menyatakan yang dia hanya menjalankan tugas sebagai seorang pengarah dan mengakui sedar memang ada babak sensitif untuk ditonton.
Akan tetapi, dia menyarankan netizen untuk menonton dahulu drama tersebut apabila ditayangkan kelak kerana babak berkenaan tidak sampai 10% pun dan banyak lagi mesej positif yang boleh dijadikan ikhtibar menerusi drama ini.
“Saya hanya jalankan tugas sebagai pengarah dan berharap mesej cerita ini sampai kepada penonton sebab apa yang ditonjolkan dalam drama itu memang berlaku di sekeliling kita.”
.“Saya sedar ada sesetengah babak agak sensitif untuk penonton tapi mereka kena tengok dahulu dan fahamkan jalan cerita, baru mereka tahu apa yang kami cuba sampaikan, sebenarnya banyak mesej positif dalam drama ini,” ujarnya
Erma Fatima tiada kaitan.
Dalam pada itu, Ain turut menegaskan yang Erma Fatima tiada kaitan dalam drama tersebut kerana dia menjalankan tugas sebagai penulis skrip namun bukan dia yang menvisualkan karakter.
Tak hanya itu, pelakon senior tersebut juga berulang kali memberi peringatan memandangkan tahu selok belok pengarahan drama untuk televisyen.
“Ingin saya jelaskan, babak dalam drama ini tak ada kaitan dengan mama (panggilan untuk Erma). Dia penulis skrip dan saya menvisualkan karakter mengikut penulisannya… semasa penggambaran pun Kak Erma berulang kali pesan jangan buat (aksi) daring sangat nanti tak boleh keluar televisyen.”
Baca: Zul Ariffin muat naik klip panas drama 'Perempuan Itu', pelakon cute Siti Hariesa pula tular
“Dia tahu akan ada babak mereka bersama tapi tak jangkalah saya akan terjemahkan dalam bentuk begitu. Jadi tak wajarlah netizen kecam Kak Erma kerana babak itu adalah arahan saya,” tambah pengarah drama Perempuan Itu.
Untuk makluman, drama berjudul Perempuan Itu akan bersiaran pada Ramadan nanti.
Selain Ain, drama kontroversi ini juga telah diarahkan oleh Isma Yusof dan beberapa pelakon hebat seperti Mimi Lana, Eman Manan, Zul Ariffin dan Siti Hariesa dilihat menjayakan drama yang akan bersiaran selama 30 episod ini.
0 Ulasan