Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Seramai 2.37 juta rakyat Malaysia akan hilang status Lengkap Vaksin 1 April ini, sekiranya...

KKM menerusi ciapan di Twitter menganggarkan seramai 2.37 juta rakyat Malaysia akan kehilangan status vaksin lengkap menjelang 31 Mac 2022. Difahamkan angka ini melibatkan penerima dua dos vaksin COVID-19 keluaran Sinovac di Malaysia.

Seramai 2.37 juta rakyat Malaysia akan hilang status Lengkap Vaksin 1 April ini, sekiranya...
Seramai 2.37 juta rakyat Malaysia akan hilang status Lengkap Vaksin 1 April ini, sekiranya tidak mengambil dos penggalak

Ini sekiranya mereka tidak mendapatkan dos penggalak. Sehubungan itu, KKM menasihati rakyat Malaysia yang terlibat untuk mendapatkan dos penggalak dalam kadar segera.

Individu yang ingin mendapatkan dos penggalak boleh membuat tempahan janji temu vaksinasi menerusi aplikasi MySejahtera.


Cara buat temujanji

Caranya sangat mudah, anda hanya perlu masuk ke aplikasi MySejahtera kemudian klik pada ikon Vaksinasi Covid-19 dan pilih nama penerima janji temu vaksinasi.

Selepas itu, klik pada pautan (link biru) yang diberikan dan pilih jenis vaksin dan nama atau lokasi PPV yang anda inginkan.

Kemudian periksa maklumat yang telah anda pilih dan klik pada butang ‘Sahkan’ dan selesai, janji temu anda telah pun disahkan.

Anda juga boleh ikuti langkah seperti yang diberikan di dalam gambar di bawah.

Seramai 2.37 juta rakyat Malaysia akan hilang status Lengkap Vaksin 1 April ini, sekiranya...

Sumber: Twitter KKM


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan