Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Kak Long 7E dalam keadaan tertekan, menangis mohon maaf, rayu tidak diboikot

Seorang wanita dikenali sebagai ‘Kak Long 7E’ yang sebelum ini tular dalam media sosial merayu agar orang ramai supaya tidak memboikotnya. Menerusi siaran secara langsung yang dimuat naik semula di akaun TikTok @sagittarius_women sekali lagi memohon maaf kepada orang ramai selepas videonya yang dikatakan mengejek orang kelainan upaya (OKU) tular.

Kak Long 7E dalam keadaan tertekan, menangis mohon maaf, rayu tidak diboikot
Kak Long 7E dalam keadaan tertekan, menangis mohon maaf, rayu tidak diboikot

Kak Long mengaku berada dalam keadaan yang sangat tertekan sehingga pernah terfikir untuk terjun bangunan tinggi.

“Maafkan Kak Long, jangan boikot Kak Long ada anak kecik (untuk ditanggung). Anak-anak sekolah, nak kena bayar yuran, belanja.

“Suami Kak Long tak boleh kerja sebab tak berapa sihat dan berada di hospital. Tolong jangan boikot Kak Long, minta maaf semua,” katanya sambil menangis.

Sementara itu, seorang lelaki dipercayai pempengaruh media sosial yang turut bersama-sama dalam sesi siaran langsung itu turut mendakwa Kak Long dikecam teruk sehingga tidak dibenarkan berniaga.

“Ini buli siber jadi tolong berhenti (kecam). Kami kasihan sampai tak boleh nak cari makan, nak buat review nak ke pasar malam pun tak boleh.

“Pergi pasar malam, orang marah, tak kasi berniaga. Empat hari Kak Long menangis cerita masalah dia. Maknya turut menangis. Kak Long tertekan sampai terpaksa makan ubat,” ujarnya.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata pengguna media sosial menegaskan apa yang dilalui oleh wanita itu adalah kerana tindakannya sendiri.

“Salah dia sendiri, dia yang tutup pintu rezeki dia. Kenapa nak salahkan orang lain pula,” kata Zaiton.

“Cara dia yang sebenarnya (menyebabkan) pintu rezeki dia (tertutup), bukan salah netizen. Anggap ini ujian daripada Allah untuk berubah ke arah kebaikan,” kata Mana.

“Tiada siapa boikot dia, jangan lupa diri sendiri yang buka aib sendiri. Rakam dan sebarkan sendiri,” kata Ummu.

Terdahulu, dilaporkan wanita berkenaan tular selepas videonya memarahi pekerja sebuah kedai serbaneka menerima kecaman daripada orang ramai.

Belum lagi reda video tersebut, Kak Long sekali lagi tular selepas videonya dikatakan sedang mengajuk OKU turut tular sehingga Persatuan Pembangunan Orang Kurang Upaya Anggota Terengganu (Pokuat) tampil membuat laporan polis terhadap wanita terbabit.



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan