Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Ahhh sudah... dahlah minyak nak habis 6km lagi, kau hantar aku ke Pejabat Petron...

Al-kisah minyak kereta nak habis 6km lagi, disebabkan tak biasa debgan kawasan tersebut, maka pemandu 'waze' cari stesen minyak Petron terdekat, tapi dihantar ke Pejabat Urusan Petron.. ahh sudah.. Bila sudah biasa dengan satu jenama minyak, kita akan seboleh-bolehnya mencari stesen tersebut dan kita akan menggunakan aplikasi navigasi untuk membantu mencari stesen itu.

Ahhh sudah... dahlah minyak nak habis 6km lagi, kau hantar aku ke Pejabat Petron...
Ahhh sudah... dahlah minyak nak habis 6km lagi, kau hantar aku ke Pejabat Petron...

Lebih memeritkan, jika minyak kereta kita sudah tahap nyawa-nyawa ikan dan stesen minyak yang kita mahukan tiada berdekatan, itulah yang terjadi kepada seorang lelaki ini.

Menerusi perkongsian satu video di aplikasi Tiktok milik @/CEO OF VAN5, lelaki tersebut berdepan detik cemas apabila aplikasi Waze gagal mendapatkan stesen minyak terdekat untuk mengisi petrol untuk keretanya itu.

Sebaliknya, aplikasi navigasi itu membawa lelaki berkenaan ke pejabat operasi syarikat minyak di mana ketika itu paras minyak kereta tersebut hanya mampu bertahan hingga enam kilometer sahaja.

Dalam ruangan komen, lelaki tersebut memberitahu dia mencari minyak jenis Euro 5 dan stesen minyak berdekatan tidak menjual jenis tersebut.



“Dah sampai Shell tepi tu tapi demand nak cari Euro 5,lagi satu shell tu bahagian diesel xde atap Buka waze tekan je yg nama petron skali HQ dia bagi” - komen seseorang

Ahhh sudah... dahlah minyak nak habis 6km lagi, kau hantar aku ke Pejabat Petron...

Insiden tersebut menarik perhatian netizen dan ramai juga yang terhibur dengan perkara tersebut, tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman hampir serupa.

Sumber: TikTok ayahchik__


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan