Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Lelaki kongsi rakaman UFO yang sedang buat formasi tertentu, ramai yang lain turut sahkan

Seorang lelaki di Maryland, Amerika Syarikat terkejut apabila melihat cahaya berwarna jingga berkedipan dalam satu corak aneh, yang hampir membentuk segitiga tepat di ruangan langit kawasan rumahnya, baru-baru ini.

Lelaki kongsi rakaman UFO yang sedang buat formasi tertentu, ramai yang turut sahkan
Lelaki kongsi rakaman UFO yang sedang buat formasi tertentu, ramai yang turut sahkan

Menerusi laporan akhbar Daily Star pada 14 September 2021, kejadian itu disedari ketika Symkai Scott, 42, baru pulang dari kerja pada waktu malam. Dia sempat merakam insiden pelik itu dan memuat naik video di media sosial.

Scott meminta pendapat orang ramai tentang kemungkinan cahaya tersebut adalah objek terbang tidak dikenali (UFO). Katanya, dia melihat ada enam, mungkin tujuh cahaya jingga terang dan besar yang pegun di langit.

“Apakah benda ini? Ia sangat jelas kelihatan terutamanya jika diperhatikan di bawah sinaran lampu jalan. Tidak mungkin objek itu adalah helikopter atau dron kerana ia mengeluarkan bunyi bising sedangkan cahaya itu senyap sahaja,” ujar Scott.

Rakaman itu menerima pelbagai reaksi pengguna media sosial yang turut menyokong dakwaan Scott bahawa objek itu adalah UFO, dan ada yang mengatakan bahawa mereka turut melihat cahaya yang sama di Scotland.

“Saya menerima komen bahawa ada yang turut menyaksikan formasi cahaya serupa di California, Scotland dan Arizona,” tambah Scott.


Seorang pengguna media sosial di California utara turut mendakwa melihat cahaya pelik itu, mengatakan dia melihat kira-kira 30 daripadanya bergerak perlahan dalam satu baris sebelum hilang dalam beberapa saat.


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan