Warga emas maut akibat cedera parah, motosikal ditunggang kemalangan dengan kereta |
Dalam kejadian kira-kira pukul 6.20 petang itu, mangsa, Othman Hamad, 63, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, semasa kejadian kereta Proton Saga FLX dipandu lelaki warga emas yang juga pesara guru bersama seorang penumpang wanita berusia 34 tahun dari arah Kuala Kurau menghala ke arah Simpang Lima.
“Setiba di tempat kejadian kereta berkenaan dikatakan membelok masuk ke simpang di sebelah kanan jalan, secara tiba-tiba mangsa yang menunggang motosikal datang dari arah belakang telah melanggar bahagian pintu sebelah kanan.
“Kemalangan menyebabkan motosikal mangsa hilang kawalan dan mangsa yang tinggal di Parit Haji Napis terjatuh,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini.
Baca juga:
[Video] Kemalangan: empat maut, 22 mangsa cedera dirempuh lori kontena dari belakang
JAKARTA, 21 Jan — Empat maut dan 22 cedera di Indonesia selepas sebuah lori kontena merempuh barisan kenderaan dan motosikal yang berhenti di persimp…
Baca selengkapnyaTambah Marzuki, berdasarkan siasatan awal punca kemalangan disebabkan penunggang motosikal melanggar pintu hadapan sebelah kanan kereta tersebut manakala kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE
0 Ulasan