Isu pemandu mabuk terlibat dalam kemalangan di negara ini masih belum reda. Terkini, sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda HR-V merempuh pelanggan yang sedang makan pada malam Ahad lepas, dipercayai berpunca dari memandu dalam keadaan mabuk.
Pemandu SUV mabuk rempuh dua kenderaan dan 8 orang pelanggan di kedai makan |
Menurut laporan Harian Metro, kejadian berlaku di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur pada pukul 8.20 malam dimana pemandu yang dipercayai mabuk itu juga turut melanggar sebuah SUV jenis Lexus.
Selepas melanggar Lexus, pemandu Honda HR-V itu melanggar sebuah Perodua Axia sebelum melanggar lapan pelanggan yang sedang makan dan dua pejalan kaki.
Terdapat dua daripada sepuluh mangsa yang patah anggota badan dan semua yang cedera telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan.
Polis telah mengesahkan bahawa terdapat kandungan alkohol selepas ujian dibuat terhadap pemandu berkenaan yang kini direman di bawah Seksyen 44(1A) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Baca juga:
- [Video] Tular konvoi kereta mewah sekat lebuh raya, pemandu 4X4 mabuk langgar Lambo Aventado
- “Jika tiada fitnah mabuk, mungkin abang boleh diselamatkan,” – adik pemandu lori luah rasa kesal
Mabuk, mabuk dan mabuk! Itu jelah yang kita selalu dengar punca apabila berlakunya sesebuah kemalangan. Semoga suspek dapat balasan yang setimpal atas apa yang telah terjadi.
Kredit: Pandulaju
0 Ulasan