Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

“Padam sebelum saya ambil tindakan...” – Abang Viva beri amaran pemilik akaun Facebook palsu

Azwan Omar yang lebih dikenali sebagai Abang Viva memberi amaran kepada pemilik akaun Facebook palsu yang menggunakan identitinya untuk mengutip sumbangan supaya segera memadamkan akaun berkenaan.

“Padam sebelum saya ambil tindakan...” – Abang Viva beri amaran pemilik Facebook palsu

Azwan, 30, berkata beliau tidak teragak-agak mengambil tindakan, sekiranya terdapat bukti kukuh ada mangsa ditipu akaun Facebook palsu tersebut yang menyamar sebagai dirinya.

“Selagi tiada orang yang bagi bukti mereka mengatakan sudah kena ‘scam’ menggunakan gambar saya, saya tak boleh buat apa.

“Tetapi, andai kata saya dapat tahu, sebelum saya dapat tahu, padamlah apa-apa yang menggunakan foto dan nama saya, sebelum saya ambil tindakan,” katanya ketika dihubungi FMT.

Tangkap layar akaun Facebook palsu menggunakan nama Azwan Omar bagi mengutip sumbangan yang dikongsi pengguna Facebook lain. Azwan berkata, buat masa ini, beliau hanya mahu memfokuskan misi menyelamat mangsa banjir di Terengganu.

“Untuk yang menyamar ni, saya bukanlah tak fikir, cuma bila dekat sini (Terengganu), saya malas nak fikir bab yang lain, sebab saya nak fokus pada misi saya,” katanya.

Azwan bertolak dari Melaka pada 9 malam semalam dan tiba di Kampung Pengkalan Ajal, Hulu Terengganu yang terjejas teruk akibat banjir pada 4.50 pagi tadi.

Berlainan dengan misi sebelum ini, Azwan kini tidak lagi menaik kereta Viva, sebaliknya menggunakan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton yang dihadiahkan seorang individu bagi memudahkan misi bantuannya.

Sebelum ini, kisah Azwan menjadi perhatian kerana sanggup memandu kereta Viva dari Melaka ke Selangor untuk menyelamatkan mangsa banjir pada Disember lepas, dengan hanya berbekalkan RM50 bagi mengisi minyak kereta dan membeli makanan.



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan