Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Hampir 27 tahun ceburi bidang lakonan, ini wajah isteri cantik Arash yang ramai tak tahu

Pelakon popular Arash Mohamad atau nama sebenar Azman Shah Ramlee merupakan seorang pelakon veteran Malaysia yang banyak membintangi drama bersiri televisyen. Antara drama TV popular lakonan beliau adalah Seputeh Qaseh Ramadan dan Mr. Mama.

Pelakon popular Arash Mohamad dan isteri
Pelakon popular Arash Mohamad dan isteri

Arash yang jarang muncul di akhbar, majalah serta acara hiburan, dia tetap bersyukur kerana masih ramai peminat yang menghargai hasil kerjanya sebagai seorang pelakon.

Antara sebab lain dia lebih selesa menjalani kehidupan “low-profile” adalah kerana kurang gemar kehidupan peribadinya menjadi tatapan umum.

Isteri pemangkin semangat

Berkongsi sedikit tentang statusnya sebagai suami kepada Noor Afidahwati Mohamad, Arash memberitahu dia bertuah kerana mendapat seorang isteri yang penyayang dan memahami dirinya sebagai seorang lelaki, suami dan pelakon.

Pelakon Arash Mohamad dan isteri

Arash berkata, isterinya itu adalah pemangkin semangat buat dirinya dan perkahwinan yang sudah menjangkau usia empat belas tahun itu sentiasa dirasakan bagai berbulan madu.

“Asam garam dalam berumah tangga itu biasa bagi pasangan suami isteri tetapi isteri saya adalah yang terbaik buat diri saya kerana ciri-cirinya yang sentiasa memahami dan paling penting dia adalah pemangkin semangat buat diri saya,” ujarnya.

Pelakon Arash Mohamad dan isteri

Arash berkata, dia sebolehnya tidak mahu mendedahkan mengenai kisah peribadinya kerana ia adalah privasi buat dia dan keluarga.

Tiada zuriat - reda dengan takdir

Pelakon Arash Mohd reda dengan takdir yang sudah tertulis buat dirinya apabila belum dikurniakan cahaya mata selepas 13 tahun berkahwin dengan isteri tercinta, Noor Afidahwati Mohammad, 41.

Pelakon Arash Mohamad dan isteri

Arash, 51, berkata, dia bersama isteri sentiasa berfikiran p0sitif selain menganggap belum ada rezeki untuk menimang zuriat walaupun pelbagai usaha sudah dibuat.

“Saya sudah 14 tahun berkahwin, tapi belum ada rezeki cahaya mata. Tapi alhamdulillah, kami pun sudah berusaha. Masing-masing okay, cuma tiada rezeki lagi.

“Kami macam biasa menjalani kehidupan sama seperti orang lain. Setiap hari adalah bulan madu bagi kami berdua sebab tiada anak. Kami lalui normal saja.

Pelakon Arash Mohamad dan isteri

“Kami rapat dengan semua anak saudara dan mereka pun rapat dengan kami. Tak pernah rasa kecil hati apabila ada yang tanya sudah berapa anak, sebaliknya kami selesa berterus terang. Tiada masalah pun.

“Alhamdulillah, saya dan isteri terima apa berlaku dan lalui sekarang. Kami selalu anggap belum ada rezeki. Mungkin ada sebab Allah tak nak bagi lagi.

Masih berusaha

Mungkin juga ada sebab yang kita tak nampak sekarang. Insya-Allah pada masa depan baharu tahu. Saya percaya pada qada dan qadar Allah. Saya dan isteri reda dengan apa yang berlaku. Usaha tetap usaha, cuma hasilnya belum ada rezeki lagi,” katanya.

Dia dan isteri juga sering menerima pandangan dan cadangan daripada rakan untuk mengambil anak angkat.

“Kami sudah biasa dengan soalan sebegini. Sebab kami jenis terbuka, jadi okay saja. Tiada apa yang perlu dikesali. Kadang-kadang ada juga yang cakap tak nak ambil anak angkatkah.

Pelakon Arash Mohamad dan isteri

Belum masa ambil anak angkat

“Niat hati memang nak, tapi ada sebab belum masanya ambil anak angkat. Tak tahu sekarang, mungkin esok lusa dan akan datang baharu tahu kenapa,” katanya.

Menurut Arash, sepanjang tempoh perkahwinan itu juga, dia dan isteri sudah mendapatkan khidmat nasihat doktor dalam usaha mendapatkan cahaya mata.

“Usaha kami lebih kepada perubatan moden di mana mendapatkan khidmat nasihat doktor di hosp1tal. Macam sebelum ini iaitu dalam lima ke enam tahun lalu, isteri pernah menjalani pembedahan sebab ada masalah membabitkan kesihatan wanita.

Panas:!.: ‘Gatal’ Janna Nick jadi 'wabak' di TikTok dan Youtube, merebak merentasi Indonesia sampai ke Turki

Pelakon Arash Mohamad dan isteri

“Selepas itu, doktor pun ada berikan ubat. Semua sudah okay. Cuma belum ada rezeki. Kami tak ada masalah dan tetap gembira,” katanya.

11 ekor kucing jadi teman

Bagaimanapun, kehidupan seharian Arash dan isteri terubat apabila ditemani dengan 11 kucing yang dianggap sebahagian daripada keluarganya.

“Saya lebih gemar kongsi mengenai kerjaya. Dari segi status, sebenarnya ramai tahu saya berkahwin iaitu sudah 13 tahun mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah, sampai sekarang.

Tapi, memang jarang kongsi di Instagram atau Facebook mengenai kehidupan peribadi dengan keluarga. Kadang-kadang ada boleh kongsi, ada kena simpan sendiri. Kalau nak kongsi semua dengan peminat, tidak ada pula nak simpan nanti.

Pelakon Arash Mohamad dan isteri

Baca: “Terus-terang, kami ada saling mesej...” – Cinta Sharnaaz Ahmad, Shila Amzah sudah kembali bertaut?

“Tapi, kalau nak tahu dan bagi sesiapa yang mengikuti saya di media sosial, tentu pernah nampak saya bergambar dengan isteri, sambut raya dan sambutan hari jadi saya. Sambutan pun biasa-biasa saja, kami berdua saja. Saya pula jenis yang tidak suka terlalu ‘havoc’.

Pelakon Arash Mohamad dan isteri

Sekarang pun sudah ramai nak tahu perkembangan kerjaya artis yang mereka minat. Namun, ada segelintir nak juga tahu kisah peribadi,” katanya.

Selain berkongsi mengenai kucing kesayangan, ada ketika Arash berkongsi hobi seperti aktiviti berbasikal, mendaki dan joging.

Sumber : IG Arash Mohamad



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan