Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

‘Gatal’ Janna Nick jadi 'wabak' di media sosial, merebak ke Indonesia hingga Türkiye

Album single baharu ‘panas’, Janna Nick berjudul GATAL muncul menjadi fenomena merentas dunia menerusi platform TikTok. Lagu ciptaan sepenuhnya Aepul Roza yang dilancarkan sejak tiga minggu lalu telah mendapat sejumlah 2.6 juta tontonan dalam YouTube setakat pagi ini.

‘Gatal’ Janna Nick jadi 'wabak' di TikTok merebak dari Indonesia sampai ke Türkiye
Gambar cover 'Gatal' Janna Nick di Youtube

Di Indonesia, Gatal mendapat sambutan hangat dan tular sehingga tersenarai sebagai Top 10 lagu paling popular dalam aplikasi TikTok di negara itu.

Pempengaruh (influencer), Asli Guler dengan 2.6 juta pengikut di TikTok turut menggunakan lagu Gatal dalam akaun miliknya. Hanya dalam tempoh 12 jam, video itu disukai lebih 23,000 penonton.

Media berita tempatan melaporkan, kempen digital lagu Gatal nyanyian Janna Nick berjaya meraih 1.5 juta video di aplikasi TikTok membabitkan beberapa negara jiran seperti Indonesia, Vietnam, Thailand, Filipina dan Kemboja.

Ia sekali gus menjadikan Gatal lagu tempatan pertama yang meraih pembuatan video melebihi 1 juta di aplikasi itu selain berjaya menarik perhatian pengguna aplikasi itu sehingga ke benua Eropah Timur iaitu Rusia.

Janna atau nama lengkapnya Nurul Janna Muner, 27, lapor Kosmo! Online, berasa gembira dan terharu dengan sambutan hangat terhadap lagu Gatal apabila tular sehingga ke Indonesia.

Sementara itu, Pengarah A&R dan Pemasaran Warner Music Malaysia, Raqeem Brian berkata, kempen digital itu adalah satu daripada strategi pemasaran untuk lagu terbaru berkenaan.

"Selepas empat tahun menyepi dari dunia muzik tanah air, single terbaharu Janna Nick ini berjaya mendominasi Carta Muzik Tempatan dan Global TikTok hanya dalam jangka masa tiga minggu selepas video muzik rasmi dilancarkan," katanya.

Tidak menjangkakan lagu tersebut akan viral, Janna berkata lagu ciptaan vokalis Drama Band, Aepul Roza itu mempunyai kekuatan tersendiri hingga melekat di telinga pendengar.

“Saya tidak sangka lagu Gatal mendapat sambutan baik oleh pendengar di Indonesia terutamanya pengguna TikTok.

“Terima kasih kepada pencipta lagu tersebut iaitu Aepul Roza serta Warner Music untuk lagu yang sangat menarik itu. Terima kasih juga kepada semua pengguna TikTok yang menjadikan lagu Gatal trending,” ujarnya.

Kekasih kepada pelakon Dini Azan Schatzmann itu tidak menolak kekuatan yang ada pada lagu Gatal sehingga dapat diterima baik pendengar bukan sahaja di Malaysia, bahkan sehingga ke negara seberang.

“Mungkin ada kekuatan dalam lagu Gatal yang membuatkan lagu ini menjadi pilihan pendengar dari luar negara.

“Saya pun ada kelompok kecil peminat di Indonesia yang bernaung bawah kelab Jannah Nicker. Terima kasih saya ucapkan,” katanya yang disahkan positif Covid-19 sejak 26 Februari lalu.

Komen netizen dari pelbagai negara

‘Gatal’ Janna Nick jadi 'wabak' di TikTok dan Youtube, merebak merentasi Indonesia sampai ke Türkiye


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan