Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Hujan lebat berterusan - Kejadian tanah runtuh berlaku di Hulu Langat

Hujan lebat berterusan menyebabkan berlaku satu lagi kejadian tanah runtuh di Jalan Pangsun, Kampung Padang Lubuk Kelubi, Hulu Langat sebentar tadi.

Hujan lebat berterusan - Kejadian tanah runtuh berlaku lagi
Keadaan tanah runtuh yang berlaku berhampiran sebuah rumah di Jalan Pangsun, Kampung Padang Lubuk Kelubi, Hulu Langat.

Kejadian kira-kira pukul 8.54 malam itu membabitkan runtuhan tanah dengan ketinggian 10 meter berhampiran sebuah rumah yang didiami enam sekeluarga.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 8.54 malam sebelum sepasukan pegawai dan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Hussein Onn dikerah ke lokasi kejadian.

“Berdasarkan laporan awal, runtuhan dengan ketinggian 10 meter itu berlaku susulan hujan lebat pada petang tadi yang menyebabkan air bertakung pada paras buku lali.

“Semua penghuni di rumah berkenaan yang terdiri daripada empat dewasa (dua lelaki dan dua perempuan) dan dua kanak-kanak lelaki telah berpindahkan ke sebuah inap desa berhampiran bagi memastikan keselamatan mereka terjaga,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Norazam memberitahu, pihaknya akan terus melakukan pemantauan di lokasi dan sehingga kini, tiada lagi runtuhan berlaku di lokasi kejadian walaupun keadaan cuaca masih lagi hujan renyai.



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan