Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Bayi lelaki baru dilahirkan maut ditikam ibu sendiri, seorang remaja 15 tahun sejurus selepas bersalin

SEORANG bayi lelaki yang baru dilahirkan di temui meninggal dunia dipercayai ditikam ibunya yang berusia 15 tahun dalam kejadian di sebuah rumah di Kemaman semalam.

Bayi lelaki maut ditikam ibu sendiri, seorang remaja 15 tahun sejurus selepas bersalin
Anggota polis menjalankan siasatan berhubung seorang bayi ditemui mati dipercayai ditikam ibunya sendiri di Kemaman, pagi tadi. - Foto NSTP/Rosli Ilham

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, bayi yang cukup sifat itu cedera di dada kiri akibat ditikam dengan objek tajam.

Menurut polis, ketika kejadian suspek dikatakan meminta bantuan rakannya berhubung kelahiran itu dan tiada ahli keluarga berada di rumah.

Baca: Bayi lapan bulan ditampar pengasuh dengan alasan kerap muntah

Rakannya kemudian menghubungi kakitangan kesihatan untuk memaklumkan kelahiran berkenaan dan kakitangan kesihatan bagaimanapun mengesahkan bayi itu telah meninggal dunia.

“Petugas kesihatan itu juga menemui kesan luka dipercayai tikaman di dada bayi terbabit dan membuat laporan polis pada 10 pagi tadi,” katanya.

"Polis yang menerima laporan bergegas ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan sebelum kita menahan Ibu bayi terbabit untuk siasatan lanjut.

Ibu bayi malang berkenaan sudah pun ditahan untuk siasatan lanjut, malah pihak polis sudah mengenal pasti lelaki yang menyebabkan remaja itu mengandung hingga melahirkan anak.

Difahamkan, remaja itu adalah mangsa rogol dan kolis sudah mengenal pasti lelaki yang dipercayai merogol kanak-kanak berusia 15 tahun itu dan kes itu sedang disiasat mengikut Seksyen 302 dan 376 Kanun Keseksaan.

Sumber: BH Online


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan