Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Wanita yang mencuri Honda City, merempuh 10 kenderaan termasuk 1 Mercedez Benz didedahkan

TULAR di media sosial sejak semalam apabila seorang wanita yang tidak diketahui identitinya telah melanggar beberapa kenderaan lain dengan memandu kereta jenis Honda City berwarna putih.

Wanita yang mencuri Honda City, merempuh 10 kenderaan termasuk 1 Mercedez Benz didedahkan
Wanita yang mencuri Honda City, merempuh 10 kenderaan termasuk 1 Mercedez Benz didedahkan

Berang dengan kejadian itu, seorang wanita yang bertindak mengejar dan merakam kereta Honda berkenaan kerana tidak berpuas hati dengan cara pemanduan Honda putih tersebut.

Menerusi satu ciapan di Twitter oleh @ptryhmzh , wanita yang mengejar dan merakam insiden tersebut adalah kakaknya sendiri yang sedang dalam perjalanan untuk menghantar barang.

Bermulanya Kejadian

Menurutnya lagi, kejadian berlaku bermula daripada laluan lampu isyarat di Wangsa Maju lagi, dan kakaknya bertindak untuk mengejar Honda putih tersebut kerana merasakan bahawa pemandu Honda tersebut memandu secara berbahaya lalu membunyikan hon beberapa kali agar pemandu tersebut berhenti.

Akan tetapi, tindakan kakaknya itu menjadi sia-sia apabila pemandu Honda tersebut bertindak agresif dengan merempuh 10 kenderaan lain dan sebuah kenderaan jenis Mercedez Benz yang sedang berhenti ketika lampu merah menyebabkan insiden tersebut bertambah lebih teruk.

Video yang berdurasi 1 minit 31 saat itu turut memaparkan mangsa-mangsa daripada insiden rempuhan tersebut bersama orang ramai yang berada di tempat kejadian berusaha mengarahkan agar pemandu Honda tersebut berhenti dan keluar dari kenderaannya.

Namun usaha mereka gagal apabila pemandu wanita itu bertindak lebih agresif dan seakan-akan terdesak untuk memboloskan diri dengan melanggar kenderaan yang berada dihadapannya mahupun kiri dan kanannya.

“Dia dah start langgar kereta dekat traffic light wangsa maju lagi. Kereta belakang dah hon, inkling perempuan Honda putih gila ni tengah mencelah.

“Tengah duduk diam dekat traffic light tiba-tiba dia datang langgar,” ciap @ptryhmzh.

Tindakan Membawa Padah

Tindakannya itu membawa padah apabila salah seorang daripada mangsa yang berang di tempat kejadian membaling batu ke arah cermin kereta Honda berkenaan sehingga pecah selepas cuba membuka pintu belakang kenderaan namun gagal kerana ia terkunci semasa wanita itu cuba untuk melarikan diri dengan Hondanya.

Tidak berhenti disitu sahaja, pemandu wanita tersebut, 38 tahun,  bertindak sekali lagi untuk melarikan diri selepas keluar daripada tingkap kenderaan yang dicurinya namun, dia berjaya ditahan oleh seorang lelaki yang berada di tempat kejadian dengan memegang pergelangan tangannya.

Bertindak Lebih Agresif

Tambah pemilik Twitter bekenaan, wanita yang mencuri Honda tersebut sekali lagi bertindak agresif dengan mengigit tangan seorang lelaki yang cuba menghalangnya daripada melarikan diri.

Wanita tersebut difahamkan mengalami kecederaan hidung berdarah akibat ditampar dan ditendang oleh pemilik kenderaan tersebut.

“Dia gigit orang yang pegang dia. Kena lempang siap kena tendang dengan owner kereta. Berdarah hidung”, ciap @ptryhmzh.

Bukan itu sahaja, menurut pemilik Twitter turut menyatakan bahawa pemilik sebenar kenderaan jenis Honda City tersebut keluar dari kenderaan dengan tujuan untuk melihat isterinya yang berada didalam tandas ketika mereka berhenti disalah sebuah pam minyak, namun dia tidak menyangkakan kejadian mencuri kenderaan tersebut berlaku dengan pantas.

Sebaik sahaja mendapati keretanya dicuri, pemilik Honda tersebut meminjam motor salah seorang pekerja pam minyak berkenaan dan mula mengejar kereta miliknya.

“Dia curi kereta dari petrol minyak. Wife owner pergi toilet, sekali dengan owner pergi tengok wife dia pergi toilet. Owner kereta kejar dia pakai motor staff petrol minyak, terus kena lenjan dengan owner,” tulisnya lagi.

Siapa Wanita Tersebut?

Tertanya-tanya siapakah wanita tersebut, satu lagi video telah dimuatnaik oleh @malaysiaupdatenews memaparkan wanita yang sama, namun didalam video berkenaan wanita itu difahamkan sedang menghidu sejenis ‘gam’ untuk mengkhayalkan di dalam sebuah bas di Kuala Lumpur.

Tidak senang dengan tindakan wanita tersebut, pemandu bas Rapid tersebut bertindak menghalau wanita tersebut keluar dari bas berkenaan.

Baca juga:“Pemandu BMW gila...” Langgar 3 motosikal dalam sejam, netizen mahu pelaku dikesan segera

Berikutan kejadian halau keluar daripada bas Rapid tersebut, difahamkan wanita tersebut dikatakan mencuri kenderaan jenis Honda dan mula memandunya sehingga menyebabkan insiden rempuhan di Setapak Kuala Lumpur.

Saksi kejadian merakam insiden tersebut dengan memperlihatkan wanita tersebut duduk berseorangan dan dikelilingi oleh orang ramai untuk mengelakkannya melarikan diri dari tempat kejadian sebelum pihak berkuasa sampai ke tempat kejadian.

Sehingga kini, identiti wanita tersebut masih belum dikenalpasti lagi.

Lihat Video Penuh Dibawah:


Siapa pemilik sebenar Honda City putih?

Tidak dapat dipasti siapakah identiti pemilik sebenar kenderaan Honda City tersebut , namun menerusi beberapa komen yang ditinggalkan difahamkan pemilik kenderaan Honda tersebut merupakan seorang pekerja J&T.

Komen Wanita yang mencuri Honda City

Manakala kejadian curi kenderaan pula berlaku apabila dia yang sedang bekerja dan keluar dari kenderaan untuk menghantar barang kepada salah seorang pelanggannya.

Akan tetapi menurut laporan lain pula, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintenden Ashari Abu Samah mengesahkan insiden berkenaan dan memaklumkan wanita berkenaan telah pun ditahan.

Menurut beliau lagi, kereta tersebut dicuri di hadapan Kolej Vokasional Setapak selepas pemiliknya meninggalkan kenderaan dalam keadaan enjinnya yang masih hidup untuk mengangkat barang anak mereka di kolej tersbebut.

Suspek yang berusia 38 tahun kemudiannya masuk ke dalam kenderaan itu sebelum melarikan kenderaan tersebut menghala ke pusat bandar.

“Pemilik kereta kemudiannya meminjam motosikal pengawal keselamatan di kolej berkenaan, untuk membuat laporan polis dan mencari keretanya,” kata Ashari

Terdapat 14 Rekod Jenayah Dan ᴅᴀᴅᴀʜ

Malah, hasil semakan pihak polis pula mendapati bahawa wanita tersebut mempunyai 14 rekod kesalahan termasuk jenayah dan ᴅᴀᴅᴀʜ.

Suspek bagaimanapun telah ditahan mengikut Seksyen 379 A dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana curi kenderaan dan memandu dengan gopoh di jalan awam.



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan