Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

“Pemandu BMW gila...” Langgar 3 motosikal dalam sejam, netizen mahu pelaku dikesan segera

SEJAK semalam, tular di media sosial sebuah video memperlihatkan sebuah kereta BWM berwarna kelabu dipandu dalam keadaan melulu hingga merempuh sebuah motosikal dipandu seorang penghantar makanan Grab berhampiran pusat beli belah The Mines, Seri Kembangan.

“Pemandu gila!...” Langgar 3 motosikal dalam masa sejam, netizen mahu pemandu BMW dikesan segera
“Pemandu gila!...” Langgar 3 motosikal dalam masa sejam, netizen mahu pemandu BMW dikesan segera

Namun siapa sangka, itu bukan satu-satunya kejadian kemalangan yang melibatkan kereta berkenaan, sebaliknya dia turut mengakibatkan dua lagi insiden serupa di sekitar kawasan Sungai Besi dan Seri Kembangan.

Langgar 3 motosikal dalam sejam

Menurut seorang pengguna Facebook, Mohd Muqri yang dipercayai adik kepada rider Grab berkenaan, kereta sama turut dirakam melanggar dua buah motosikal dalam tempoh sejam ia merempuh abangnya.

“Mula aku ingat abang aku sorang kena langgar lari dekat The Mines. Rupa-rupanya, hari yang sama (dalam tempoh) kurang sejam dari abang aku kena langgar, kereta ni dah langgar lagi dua penunggang motosikal dekat Highway Sungai Besi. Jumlah dia dah sodok orang hari ini 3 ORANG!.”

Tambahnya lagi, pemanduan lelaki ini begitu berbahaya dan seharusnya diambil tindakan secepat mungkin oleh pihak berkuasa bagi mengelakkan kejadian serupa berulang.

Baca juga: Video tular pemandu tunjuk gari sebagai tanda isyarat tukar 'lane', ini respon Polis

“Dia seorang yang bahaya dan memang tak boleh didiamkan lagi. Tolong gais, dapatkan info secepat mungkin kat mana kereta ni ada sekarang. Atau siapa tahu info berkenaan kereta ini, tolong maklumkan pada polis.

Tolong terus call polis jika nampak kereta ni. Kereta ni tak boleh ada atas jalanraya lagi dah. Nyawa bukan boleh beli,” kata lelaki itu lagi.

Video sama ada di TikTok

Video sama turut dikongsikan lelaki ini di TikTok dengan harapan ada dikalangan pengguna TikTok yang dapat mengesan pemandu berkenaan.

Perkongsian-perkongsian tersebut menimbulkan kemarahan netizen yang mahukan pihak berkuasa khususnya PDRM dan JPJ segera mengesan dan memburu pemandu berkenaan.

Pencarian maklumat

Beberapa netizen kemudian membuat pencarian dan berjaya menemui rekod kereta berkenaan yang dipercayai milik seorang individidu yang menetap di Ulu Tiram, Johor.

pencarian maklumat

Baca juga: Video tular pemandu tunjuk gari sebagai tanda isyarat tukar 'lane', ini respon Polis

Kereta dipandu orang lain

Dalam masa sama, seorang wanita turut tampil mendakwa kereta berkenaan adalah milik ayah mertuanya.


Kereta dipandu orang lain

Namun sewaktu insiden berlaku, ayah mertuanya berada di Johor Bahru dan kereta berkenaan dipinjam oleh seorang rakannya yang ingin ke Kuala Lumpur.



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan