Umum mengetahui kes saman fitnah membabitkan keluarga pelawak, Ali Puteh dan kakak iparnya, Nor Hidayah Mohd Ali sudah pun selesai pada Jumaat (18 Februari 2022) dan memihak kepada balu Arwah Abam itu.
Mahkamah putuskan pihak yang kejar harta adalah plaintif-plaintif dan bukannya isteri arwah Abam |
Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Zulqarnain Hassan yang membaca keputusan memaklumkan pihak mahkamah berpuas hati kerana pihak yang mengejar harta ialah plaintif-plaintif dan bukannya defendan.
Plaintif (Π di dalam singkatan undang-undang), juga dikenali sebagai pihak menuntut atau pengadu, ialah pihak yang memulakan tuntutan mahkamah (juga dikenali sebagai tindakan) di sesebuah mahkamah. Dengan berbuat demikian, seorang plaintif mencari sebuah remedi undang-undang, dan jika berjaya, mahkamah akan mengeluarkan penghakiman berpihak kepada plaintif dan membuat perintah mahkamah yang sesuai (cthnya., arahan bagi ganti rugi). - Sumber Wikipedia
“Pihak yang mengejar harta bukannya isteri arwah (Abam) sebaliknya plaintif-plaintif,” kata Zulqarnain.
Menerusi laporan Sinar Harian, empat plaintif yang dinamakan ialah ibu Abam iaitu Allahyarham Sabariah Arshad, bapa Syed Mohd Ridzuan Syed Hassan, kakaknya Sharifah Nor Wahidah dan Ali Puteh.
Menurut beliau, ianya jelas memandangkan pada hari kedua Abam meninggal dunia, ahli keluarga plaintif mengajak Nor Hidayah untuk berbincang mengenai harta arwah.
“Malah telefon arwah diambil oleh Ali Puteh manakala beg duit arwah diambil (arwah) ibunya.
“Perbuatan itu seolah-olah tidak memahami kesedihan isteri arwah yang juga dalam dilema sedang memikirkan bagaimana untuk mengharungi masa depan dan membesarkan anak yang masih kecil,” katanya.
Nor Hidayah, balu arwah Abam Boce bersama anak |
Tambah beliau lagi, mahkamah berpuas hati yang keadaan pada waktu itu pasti amat menyedihkan bagi isteri Allahyarham yang berada dalam keadaan tertekan.
Ali mahu buat rayuan batal keputusan
Dalam pada itu, Ali yang ditemui media memaklumkan akan memfailkan rayuan berhubung keputusan tersebut.
Ini kerana dia mendapati terdapat fakta yang tidak betul sepanjang perbicaraan berlangsung sejak dua tahun lalu.
“Alhamdulillah selesai di Mahkamah Sesyen. Saya akur dengan keputusan, tapi saya akan buat rayuan di Mahkamah Tinggi.
Ali Puteh ditemuramah oleh kakitangan media selepas eleai membuat rayuan di mahkamah tinggi |
“Ada beberapa fakta yang tak betul namun saya tak boleh beritahu kerana ia akan ganggu proses di Mahkamah Tinggi nanti. Saya diberi masa selama 14 hari untuk buat rayuan,” kata Ali.
Dia bagaimanapun enggan berkongsi apakah fakta yang dimaksudkan kerana bimbang akan mengganggu proses di Mahkamah Tinggi nanti.
Sedia berdepan kecaman
Dia dalam sama turut memaklumkan sudah bersedia dengan kecaman netizen selepas kalah dalam kes saman fitnah itu.
“Saya dah bersedia… menang pun kita kena (kecam), kalah pun kita kena. Jadi saya tiada masalah dengan netizen.
Baca juga: Ali Puteh kena bayar RM60K, Balu arwah Abam Bocey menang kes mahkamah tuntutan saman fitnah“Sebab kita tahu apa yang berlaku. Kalau saya share di media sosial, ia akan jadi masalah di Mahkmah Tinggi nanti,” katanya.
0 Ulasan