Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

“Kerja saya jual badan, nak tunjuk satu persatu..” – Sharifah Sakinah tapis pengikut di Instagram

Pelakon Sharifah Sakinah kini menukar akaun Instagram ke mod privasi sekali gus menapis permintaan orang ramai yang ingin menjadi pengikutnya di media sosial.

“Kerja saya jual badan, nak tunjuk satu persatu..” – Sharifah Sakinah tapis pengikut di Instagram
“Kerja saya jual badan, nak tunjuk satu persatu..” – Sharifah Sakinah tapis pengikut di Instagram

Pemilik nama Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired itu berkata, dia juga enggan menerima permintaan oleh kaum lelaki.

“Saya akan tapis permintaan ya. Kalau laki (lelaki) saya tak terima. Kerja saya jual badan, nak tunjuk satu persatu otot memang kena tunjuk aurat.
“Kalau nak buat permintaan juga jangan menilai. Kalau nak ilmu sila ikut,” tulisnya menerusi satu posting tangkap layar memaparkan akaun individu yang mahu mengikutinya di Instagram.

Meninjau ke ruangan komen, kakaknya yang pelakon Sharifah Shahirah dan rakan artis Nad Zainal menyambut baik keputusan tersebut yang disifatkan lebih baik untuk dirinya.

Malah, rata-rata juga memberikan sokongan kepada pelakon drama Girlfriend Aku Dari Neraka itu yang tidak menilai penampilan seksi sebaliknya mengikuti Sakinah kerana gaya hidup sihat diamalkannya.


Terdahulu, Sakinah sering menerima kecaman warganet apabila mengenakan pakaian yang mencolok mata selain dinasihati agar menutup aurat. Sumber: Instagram Sharifah Sakinah



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan