SELAIN ibu bapa, guru juga memainkan peranan penting dalam membentuk akhlak dan mengajar kita tentang erti kehidupan. Tanggungjawab guru sebenarnya sangat berat, kalau mereka menegur atau beri hukuman untuk anak muridnya ia hanyalah untuk beri pengajaran. Bukannya niat lain.
Kisah seorang Cikgu diserang ibu pelajar yang mendenda anaknya mencuci longkang |
Prestasi akademi anak tidak memberangsangkan, mendorong si ibu menyerang seorang guru anaknya melalui aplikasi WhatsApp, lapor OhBulan!
Perkongsian kisah
Macam kisah yang dikongsikan oleh salah seorang pengguna di Twitter ni, seorang ibu/bapa kepada seorang murid menghantar mesej (Whatsapp) kepada guru.
Dia ingin tahu mengapa anaknya seperti tiada perkembangan dalam pelajaran, kenapa kena denda cuci longkang dan sebagainya. Ini respon guru tersebut..
Tiada adab dan tanpa soal selidik, guru dipersalahkan di atas masalah tersebut sehingga tergamak si ibu memberi guru itu amaran kerana mendenda anaknya mencuci longkang.
'Cikgu diserang'
Cikgu Dhiya, ‘diserang’ oleh ibu pelajar Tingkatan 4 bernama Hazril Faizul, melalui applikasi WhatsApp. “Apa yang cikgu ajar anak saya? Tak nampak prestasi langsung. Awak sebagai cikgu seharusnya ambil tahu perkembangan murid. Jangan ambil mudah, saya tidak mahu anak saya tercicir dalam pelajar.
‘Apa yang cikgu ajar anak saya?’
Difahamkan, pelajar berusia 16 tahun itu, Hazril Faizul, juga kerap ponteng kelas menyebabkan guru bernama Dhiya tiada pilihan lalu mendendanya mencuci longkang.
“Saya dengar anak saya didenda oleh cikgu yang mengarahkannya mencuci longkang. Apa salah dia sampai didenda sebegitu? Saya beri amaran pada cikgu, jangan sesekali ulang perkara yang sama!” tegas wanita itu tanpa bertanya terlebih dahulu.
‘Saya warning cikgu’
Anak memang bermasalah
Ekoran tiada sifat hormat pada guru, Cikgu Dhiya mendedahkan perangai anak wanita itu yang sememangnya bermasalah.
Perbualan WhatsApp di antara si ibu dan guru berkenaan kini viral di media sosial. Ramai netizen yang mengkritik tindakan si ibu yang menyerang Cikgu Dhiya dengan cara yang biadab.
“Tak hairanlah anak dia pun buat perangai di sekolah,” kata netizen.
Enggan beralah dan berterusan dipersalahkan, Cikgu Dhiya membuat pilihan untuk menjawab dan menjelaskan kepada si ibu tentang perangai anaknya di sekolah.
‘Saya tak boleh dah nak menegur nanti mak ayah serang report polis..’
“Anak puan memang bermasalah. Class Biology saya hanya 3 atau 4 kali sahaja dia hadir dalam sebulan. Datang sekolah, tetapi kelas saya, dia tak masuk.
“Datang ke sekolah, siap bawa handphone. Tetapi homework yang diberikan tidak pernah nak disiapkan. Salah ke saya denda cuci longkang surau sebagai pengajaran?
“Saya tak sentuh pun anak puan. Kalau saya sebagai pendidik tidak boleh mendidik anak puan, lebih baik puan sajalah yang mendidiknya. Saya tak boleh dah nak menegur, nanti mak dan ayahnya serang, lapor polis dan sebagainya. Saya didik murid saya mengikut cara saya. Kalau tak puan tak suka, maafkan saya,” jelasnya.
Cuba mendidik sebaik mungkin
Tambah Cikgu Dhiya lagi, dia hanyalah manusia biasa yang banyak kekurangan. Namun dia telah cuba sedaya upaya mendidik anak muridnya menjadi yang terbaik.
“Saya sayangkan anak-anak murid saya. Saya tidak mahu mereka rosak disebabkan fikiran kolot ibu bapa mereka. Puan sepatutnya hormat saya sebagai guru, bukan main terjah saya,” katanya.
Cikgu Dhiya juga turut menasihatkan wanita terbabit untuk duduk berbincang dengan anaknya itu bagi mengetahui apa masalahnya yang sebenarnya.
Hasilnya? Mungkin si ibu sedang menanam kepalanya di dalam tanah. Mungkin?
0 Ulasan