Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Cikgu perdaya, rogol 13 pelajar umur antara 11 - 16 tahun, Lapan daripadanya melahirkan anak

Di Bandung Indonesia, seorang guru dijatuhi hukuman penjara seumur hidup selepas didapati bersalah merogol 13 pelajar yayasan sekolah pondok sehingga mencetuskan kemarahan rakyat di seluruh negara selain mendapat perhatian Presiden Joko Widodo.

Cikgu rogol 13 pelajar umur antara 11 - 16 tahun, Lapan daripadanya melahirkan anak
Cikgu rogol 13 pelajar umur antara 11 - 16 tahun, Lapan daripadanya melahirkan anak

Memetik dari laporan BBC, 8 orang mangsa rogolnya telah melahirkan anak manakala dua lagi sedang hamil. Kesemua mangsa adalah remaja bawah umur antara 11 hingga 16 tahun dan terdiri daripada keluarga miskin.

Sebelum ini pihak pendakwa raya mendesak mahkamah supaya mengena hukuman mati terhadap pesalah. Serta meminta untuk pesalah membayar denda sebanyak RM146,000 dan wajib membayar ganti kepada mangsa berjumlah RM87 ribu seorang.

Bagaimanapun, lelaki tersebut meminta kelonggaran daripada hakim dan akui sebagai seorang bapa dia seharusnya menjaga dan membesarkan anaknya. Lelaki ini mempunyai seorang isteri dan tiga orang anak.

Justeru, Mahkamah Daerah Bandung memutuskan lelaki berusia 36 tahun itu dipenjara seumur hidup. Mahkamah juga menolak permohonan pendakwa raya untuk tertuduh dikembiri secara kimia.

Berdasarkan laporan BBC, perbuatan terkutuk guru berkenaan terbongkar pada Mei tahun lalu apabila ibu bapa daripada salah seorang mangsanya menyedari anak mereka mengandung.

Guru berkenaan menggunakan taktik dengan menawarkan pelbagai insentif dan biasiswa kepada pelajar dari kalangan penduduk setempat yang miskin dan tidak kemampuan.

Mahkamah juga dimaklumkan kesemua pelajar sekolah tersebut tidak dibenarkan menghubungi keluarga mereka apabila telefon bimbit dirampas selain hanya dibenarkan pulang ke kampung setahun sekali sahaja.

Kes ini mendapat perhatian yang meluas dan kebanyakan orang menzahirkan rasa marah dan kecewa dengan perbuatan guru terbabit.

Baca: Remaja perempuan tidak terdaya melawan, dirogol empat lelaki mabuk bergilir-gilir

Ramai yang menggesa kerajaan untuk melaksanakan undang-undang yang lebih tegas terhadap pesalah seksual tujuan melindung kanak-kanak perempuan dan kaum wanita.

Sumber: BBC, CNN Indonedia



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan