NEW DELHI – Seorang wanita di India tergamak mengikat kain sari pada anaknya dan menurunkan kanak-kanak tersebut ke balkoni tingkat bawah flat mereka semata-mata untuk mengambil pakaian yang terjatuh, lapor akhbar Daily Star, kelmarin.
Idea 'bijak' ibu ikat anak guna kain sari untuk kutip baju terjatuh ke balkoni jiran dari tingkat 10. |
Kejadian di tingkat 10 bangunan Apartmen Florida, bandar Faridabad, utara India itu disaksikan oleh orang ramai.
Menurut saksi kejadian, wanita itu terlalu malas untuk turun ke tingkat bawah dan mengambil jemurannya yang terjatuh ke balkoni jiran lalu mengambil keputusan untuk menggunakan anaknya.
Dia menyimpulkan beberapa kain sari untuk menjadi seperti tali yang panjang. Wanita itu kemudian mengikat anaknya an menurunkan kanak-kanak itu ke balkoni apartmen jirannya untuk mencapai pakaian yang terjatuh.
Sebaik sahaja pakaian itu berjaya dicapai, wanita itu menarik semula ikatan sari bersama anaknya ke atas dalam situasi yang dianggap sangat berbahaya.
Saksikan video:Appalled to see this video of a mother from #Faridabad!
— Dipanshu Kabra (@ipskabra) February 11, 2022
Heights of carelessness, insensitivity & irresponsibility.
She has no right to risk her kid's life. pic.twitter.com/uNj362e9UO
Pegawai polis India, Dipanshu Kabra yang berkongsi video kejadian mencemaskan itu menyatakan rasa terkejutnya tentang bagaimana seorang ibu boleh bertindak cuai dan melulu.
“Seorang ibu tidak berhak membahayakan nyawa anaknya seperti yang dipaparkan dalam klip video ni,” tulisnya pada perkongsian itu.
Individu yang merakam aksi berbahaya itu berkata, nyawa budak lelaki itu akan melayang tidak jika dia terlepas cengkaman pada simpulan kain tersebut.
Ibu budak lelaki itu dilaporkan mengaku bahawa tindakannya adalah berbahaya dan tanpa berfikir panjang. – Agensi
0 Ulasan