Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Remaja perempuan tidak terdaya melawan, dirogol empat lelaki mabuk bergilir-gilir

BANTEN: Seorang remaja perempuan menjadi mangsa rogol empat lelaki di Kecamatan Cikande, Serang, lapor Tribunnews.

Remaja wanita tidak terdaya dirogol empat lelaki mabuk bergilir-gilir
Remaja wanita tidak terdaya dirogol empat lelaki mabuk bergilir-gilir (Gambar hiasan)

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Serang, Dedi Mirza berkata, kejadian bermula apabila mangsa keluar bersama jirannya pada pukul 8.00 malam.

Katanya, mangsa dijemput oleh NA, 18, untuk keluar berjalan-jalan.

“Mereka saling mengenali, jadi mangsa tidak menolak ajakan tersebut.

“NA kemudian membawa mangsa bertemu dengan tiga suspek lain berusia 18 hingga 25 tahun. Semasa berjumpa, mereka mengambil minuman tuak,” katanya.

Menurut Dedi, sekitar pukul 11 malam, NA membawa mangsa ke rumah SA yang sunyi sepi dan mangsa dirogol oleh empat lelaki secara bergilir-gilir di sana.

Jelasnya, mangsa tidak berupaya melawan kerana kesemua suspek berada dalam pengaruh minuman keras.

Kes mula terbongkar selepas bapa mangsa mencari anaknya yang tidak pulang semalaman ke rumah.

Mereka kemudian meminta bantuan penduduk kampung melakukan pencarian sehingga menjumpai mangsa di dalam bilik rumah SA.

Ketiga-tiga suspek lain pula sedang tidur di ruang tamu dan hampir dibelasah penduduk kampung.

Kesemua suspek didakwa melakukan jenayah seksual tersebut akibat tidak berdaya menahan nafsu selepas mengambil minuman keras.



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan