Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Majlis Ulama Indonesia dakwa vaksin AstraZeneca ada babi, Malaysia akan kaji kandungan

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin memberitahu, Malaysia akan mengkaji kandungan vaksin Covid-19 jenis AstraZeneca susulan kenyataan Majlis Ulama Indonesia (MUI) bahawa vaksin tersebut mengandungi bahan daripada babi.

Majlis Ulama Indonesia dakwa vaksin AstraZeneca ada babi, Malaysia akan kaji kandungan
Majlis Ulama Indonesia dakwa vaksin AstraZeneca ada babi, Malaysia akan kaji kandungan

“Bahan atau komponen dalam vaksin tersebut akan dikaji, dan kerajaan akan umum pendirian dalam masa terdekat,” kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu.


Jumaat lalu MUI melaporkan bahawa vaksin AstraZeneca haram digunakan oleh umat Islam kerana proses pembuatannya menggunakan “trypsin dari pankreas babi”.

Majlis itu bagaimanapun meluluskan vaksin AstraZeneca untuk digunakan memandangkan keadaan darurat pandemik Covid-19 ketika ini.


Berikutan kenyataan ini, Pengarah AstraZeneca Indonesia, Rizman Abudaeri tampil memaklumkan bahawa tiada bahan daripada babi mahupun haiwan lain digunakan dalam semua peringkat penghasilan vaksin berkenaan.

Malaysia dijangka menerima bekalan dos pertama vaksin AstraZeneca pada suku kedua 2021.


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan