Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

[Video] Siti Kassim bertikam lidah dengan anggota polis di perhimpunan #TangkapAzamBaki

Peguam Siti Kasim, dilihat bertikam lidah dengan seorang anggota polis dalam sebuah video yang tular apabila peguam terbabit tidak dibenarkan untuk melalui kawasan yang ditutup berikutan perhimpunan #TangkapAzamBaki di ibu negara baru-baru ini.

Siti Kassim bertikam lidah dengan anggota polis di perhimpunan #TangkapAzamBaki
Siti Kassim bertikam lidah dengan anggota polis di perhimpunan #TangkapAzamBaki

Dalam video tersebut, kelihatan seorang pegawai polis cuba untuk menghalang beliau daripada melalui kawasan berkenaan yang kemudiannya dibantu oleh anggota lain yang cuba menjelaskan bahawa larangan tersebut adalah atas perintah mahkamah.


Namun, peguam terbabit menegaskan bahawa beliau mempunyai hak untuk melalui jalan tersebut.

“Awak menahan hak saya untuk berjalan di negara saya,” tegas beliau.

Peguam tersebut kemudiannya meminta pihak polis menunjukkan perintah mahkamah yang melarang beliau daripada melalui jalan berkenaan.




Terdahulu, portal Malaysiakini melaporkan bahawa peguam terbabit pernah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menghalang penguatkuasa daripada menjalankan tugas dalam sebuah operasi ke atas program transgender, namun beliau dibebaskan setelah perbicaraan dijalankan.


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan